SSQS atau dikenali sebagai Smart School Qualification Standards (SSQS) sebuah sistem yang dapat memudahkan penilaian amalan baik di beberapa sekolah.
Segala pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah akan menggunakan SSQS ini untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas.
Login SSQS ini juga bertujuan untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan dan menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan.
Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia
Sistem Login SSQS ini bukanlanlah dibangunkan tanpa sebab. Sebaliknya, Login SSQS adalah salah satu sistem yang sangat penting. Seiring dengan teknologi yang semakin moden, Sistem SSQS ini di gunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah seluruh Malaysia.
Ada 5 Objektif kenapa SSQS ini diwujudkan. Antara Objektifnya ialah:
Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
Memperkasakan (empower) guru dan murid.
Berikut merupakan bilangan responden Login SSQS ini :
1 orang pentadbir
1 orang koordinator
30 orang guru
30 orang murid
Bagi sekolah SKM bilangan murid adalah kurang daripd 150 orang
1 orang pentadbir
1 guru penyelaras ICT
Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek
Bagi anda yang ingin menggunakan dan mengakses SSQS ini, berikut kami kongsikan cara untuk Login ke SSQS:
Sila layari ke laman web rasmi SSQS di http://ssqs.moe.edu.my/ dan pilih mana negeri pilahan anda.
Klik pada “Log Masuk Admin” dan anda akan dibawa ke laman seterusnya.
Ini merupakan paparan halaman untuk anda pilih agensi anda sama ada Sekolah, PPD atau JPN
Masukkan KOD masing-masing dan Kata Laluan untuk anda mengakses SSQS