Cara Login DELIMa MOE
Sila ikut langkah berikut untuk login ke portal rasmi tersebut :
1. Masukkan alamat laman sesawang portal.moe-dl.edu.my
2. Sila masukkan ID dan Password yang telah diberikan oleh sekolah
3. Klik Login
4. Anda boleh pilih Menu yang tertera : PELAJAR, GURU atau SEKOLAH
DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.
Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.
DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya ini.
Cara muat turun aplikasi DELIMA melalui Playstore