MAKLUMAT UJIAN
Ujian UKM1 merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan, USIM.
Ujian UKM1 merupakan ujian dalam talian yang terbuka.
Tarikh ujian
1 Februari – 31 Mei setiap tahun
Kelayakan
Murid Malaysia berumur 8 – 15 tahun
Bayaran
Percuma
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid berumur 8 – 15 tahun bagi menyertai program-program berikut:
Kolej Genius@Pintar Negara
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun (tahun 3 hingga tingkatan 3) pada tahun 2022
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), UKM 2022 di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM
Murid berumur 11-12 tahun (tahun 5 hingga tahun 6) pada tahun 2022
Kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM bagi sesi persekolahan tahun 2023
Kolej GENIUS Insan
Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun (tahun 2 hingga tahun 5) pada tahun 2022
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan
Murid beragama Islam berumur 15 tahun (tingkatan 3) pada tahun 2022
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan
Murid beragama Islam berumur 12 tahun (tahun 6) pada tahun 2022
Program Mukhayyam Al Abrar USIM 2022 di Kolej GENIUS Insan untuk Kemasukan ke Kolej GENIUS Insan pada tahun 2023
Akademi Sains Pendang
Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 12 tahun (tahun 6) pada tahun 2022
Kemasukan ke Akademi Sains Pendang pada tahun 2023
Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenaraihitamkan dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.
SIJIL PENYERTAAN
Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan kepada murid yang berjaya mencapai skor minima ujian.
Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke ujian saringan kedua. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2.
Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di pautan https://pelajar.permatapintar.ukm.my/ .
KEPUTUSAN UJIAN
Tarikh semakan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Semakan kelayakan menduduki ujian UKM2 boleh dibuat melalui laman https://semak.permatapintar.ukm.my/ mulai.
Sila semak nombor telefon dan emel yang didaftarkan adalah betul atau kemaskini di pautan https://pelajar.permatapintar.ukm.my/
PENDAFTARAN
Pendaftaran kali pertama boleh dilakukan dengan menekan butang UJIAN UKM1 dan mengisi maklumat diri, sekolah serta maklumat keluarga di ruangan yang disediakan.
Sila lengkapkan pendaftaran dengan gambar terkini murid. Kegagalan demikian boleh menyebabkan kelayakan menduduki ujian UKM2 terbatal.
Bagi murid yang pernah menjawab ujian UKM1 pada tahun-tahun sebelum ini atau ingin menyambung ujian tahun semasa yang tergendala, sila klik butang UJIAN UKM1 untuk mengemaskini maklumat diri dan meneruskan ujian.