Guru oh Guru!
Minggu 13: Kuliah 2 jam & Minggu 14: Kuliah (1 jam), Tutorial (1 jam)
Minggu 13: Kuliah 2 jam & Minggu 14: Kuliah (1 jam), Tutorial (1 jam)
HPK3: Menghubungkaitkan perkembangan pendidikan, aspirasi dan halatuju pendidikan, sahsiah dan kompetensi guru dengan pemuafakatan komuniti dalam memartabatkan profesion keguruan (C4, HP2, KKG2)
TAJUK 6. Kompetensi Guru
Akauntabiliti Guru
Guru Sebagai Pembentuk Modal Insan
Guru Sebagai Pembina Negara Bangsa
Transformasi Kurikulum
BAHAN-BAHAN RUJUKAN
MODEL-MODEL KPPB di dalam AKTIVITI ini:
REKABENTUK PEMBELAJARAN
Pemanfaatan Digital: Rakaman video dan memuatnaik ke Youtube supaya rakan-rakan dapat memberi maklumbalas terhadap drama yang dihasilkan
Rakan Pembelajaran: Rakan sekelas, rakan dari unit lain dan pensyarah GPPP1092
Persekitaran Pembelajaran: Suasana pembelajaran bertukar daripada "teacher centred" kepada "student centred". Pelajar belajar mencari maklumat, menghasilkan skrip dan berlakon di luar kelas. Pembelajaran tidak tertumpu di dalam kelas sahaja. Pelajar terlibat dengan aktif dan bermakna.
Amalan Pedagogi: Pensyarah berperanan sebagai pemudahcara/penggalak (aktivator) dan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya di atas pembelajaran mereka.
MODEL TRIPLE E (3E)
ENGAGED
Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan pelajar terlibat sepenuhnya. Pelajar bertanggungjawab sepebuhny adalam penghasilan skrip dan lakonan. Aktiviti ini lain dari kebiasaan dimana pensyarah memberi kuliah dan pelajar hanya mendengar yang sangat membosankan. Dalam aktivtii ini pelajar meneroka pengetahuan baharu (penulisan skrip, lakonan, menganalisis maklumat yang diberi)
ENHANCEMENT
Penghasilan sebuah drama dan video Youtube.
EXTENSION
Minta rakan anda dari unit lain seramai 3 orang untuk memberi komen di dalam You Tube yang panjangnya melebihi 30 patah perkataan.
ARAHAN TUGASAN (Kuliah 1 jam , Tutorial 1 jam):
Di dalam kumpulan berenam atau berlima, pilih satu daripada tajuk di atas. Hasilkan satu skrip untuk sebuah drama (lakonan) berdurasi 25 minit. Anda boleh merujuk peta minda (Coggle) di atas semasa menghasilkan skrip tersebut. Di dalam kumpulan anda, lakonkan sebuah drama berdasarkan skrip yang dihasilkan. Beri tajuk yang sesuai kepada drama tersebut. Rakam drama anda dan muatnaik ke dalam Youtube.
DRAMA GURU OH GURU!
DRAMA OLEH PENDIDIKAN KHAS 1
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
DRAMA PENDIDIKAN KHAS 2
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4