Debat PPPM
Debat PPPM
MINGGU 7 (KULIAH: 2 Jam)
Kolaborasi antara kelas Puan Roslina (PK1, PK2) & kelas Puan Sarina (BM1 & BM2)
HPK 3: Menghubungkaitkan perkembangan pendidikan, aspirasi dan halatuju pendidikan, sahsiah dan kompetensi guru dengan pemuafakatan komuniti dalam memartabatkan profesion keguruan (C4, HP2, KKG2)
PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) DALAM AKTIVITI PdP (DEBAT SERIKANDI):
Aktiviti yang dilakukan juga telah mencapai QUANDRANT D dalam aspek penggunaan teknologi. Pelajar telah merakam lakonan mereka dan memuatnaik ke Youtube untuk dikongsi kepada pelajar-pelajar lain dan rakan-rakan mereka dari IPG lain dan mereka telah menerima maklumbalas yang positif.
Pelajar juga telah menghasilkan FLIPBOOK tentang tokoh-tokoh pendidikan di Malaysia dan juga Barat dalam aktiviti DARI DADA AKHBAR (HPK2).
PODCAST TdP (Menggunakan alat rakaman video dan memuatnaik video ke Youtube). Teknologi menjadi "ubiquitous" (berada di semua aktiviti dan dimana-mana / digunakan secara meluas) dalam kursus GPPP1092.
Arahan tugasan:
Dalam kumpulan berempat, bentuk satu kumpulan debat (pendebat pertama, kedua, ketiga dan simpanan). Dalam kumpulan tersebut cari dan kumpulkan bahan-bahan dan maklumat mengenai tajuk di bawah:
Pembanguan JERI hanya diatas kertas. Sejauh manakah kebenarannya? (PK1 & BM1)
Guru berjiwa pendidik merupakan satu slogan sahaja atau guru-guru di Malaysia sememangnya telah berjiwa pendidik. (PK2 & BM2)
Muatnaik bahan-bahan (artikel/jurnal/dll) ke dalam Google Slides di bawah.
Pelajar-pelajar lain (bukan pendebat) dikehendaki menulis refleksi 200 patah perkataan tentang pelajaran yang anda perolehi daripada debat tersebut.
Debat ini akan disertai oleh Unit PK1, PK2, BM1, dan BM2. Jadual debat adalah seperti di bawah.
PUSINGAN PERTAMA
PK1 (Pembangkang) & BM1 (Pencadang/Kerajaan) = Pemenang (A) / Tajuk 1
PK2 (Pencadang/Kerajaan) & BM2 (Pembangkang) = Pemenang (B)/Tajuk 2
Pusingan Akhir
Kumpulan A & Kumpulan B = Juara (Tajuk akan diberi kemudian)
Setiap pendebat akan berdebat selama 7 minit.
Penggulungan debat boleh dilakukan oleh pendebat pertama atau kedua.
Penghakiman akan dilakukan oleh pensyarah yang mengajar.
Debat akan dilangsung semasa waktu PdP atau pun waktu lain yang sesuai di PISA.
Ianya akan disaksikan oleh unit PK1, PK2, BM1, dan BM2
Setiap pertandingan debat hendaklah dirakam oleh PA ICT setiap unit.
Rakaman DEBAT PPPM
PK1 & BM1 (Selasa: 25 Feb 2025, Jam 11.00 pagi (PISA)
PK1 & BM1 (Selasa: 25 Feb 2025, Jam 11.00 pagi (PISA)