MINGGU 11: KULIAH (1 JAM), TUTORIAL (1 JAM), E-PEMBELAJARAN ( 3 JAM)
HPK 3: Menghubungkaitkan perkembangan pendidikan, aspirasi dan halatuju pendidikan, sahsiah dan kompetensi guru dengan pemuafakatan komuniti dalam memartabatkan profesion keguruan (C4, HP2, KKG2)
KULIAH ( 1 JAM) : ARAHAN TUGASAN
Pelajar diminta membaca bahan-bahan yang dimuatnaik dipaparan HPK3, mengenai perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, Sistem pendidikan terbaik di dunia dan pendidikan di luar negara.
Sesi soal jawab bersama pensyarah semasa kuliah.
ARAHAN TUGASAN: TUTORIAL (1 JAM) & e-PEMBELAJARAN (3 JAM)
Bentuk kumpulan bertiga, baca dan analisis bahan-bahan pada halaman HPK3, hasilkan dua berita suratkhabar (ikut format suratkhabar) tentang perkara di bawah:
Kualiti pendidikan di negara Malaysia (kumpulan 1 & 5)
Perkembangan pendidikan di Malaysia (kumpulan 2 & 6)
Pengintegrasian teknologi maklumat di dalam pendidikan (kumpulan 3 & 7)
Pembelajaran bermakna (kumpulan 4 & 8)
Beri tajuk yang sesuai kepada keratan akhbar tersebut. Namakan e-suratkhabar kelas anda dengan nama yang kreatif (Contoh: News Straits Time, Sinar IPG, Utusan Serikandi IPG). Rekabentuk dan susun atur keratan akhbar yang dihasilkan di dalam e-suratkhabar terbitan kelas anda. Guna template surat khabar dan muatnaik suratkhabar tersebut ke Google Site.
PENDIDIKAN KHAS 1
PENDIDIKAN KHAS 2