Istilah Geopark merupakan singkatan daripada “Geological Park” yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai Taman Geologi atau Taman Bumi.
Perkataan geo berkaitan dengan ilmu sains bumi. Geologi pula berkaitan dengan kaji batu atau perbatuan dari sudut sejarahnya, formasi pembentukan, komposisi, struktur dan juga landskap yang terhasil daripada proses semula jadi evolusi alam.
Menurut UNESCO (2004) pula, “Geopark adalah sebuah kawasan yang memiliki unsur-unsur geologi terkemuka (outstanding) – termasuk nilai arkeologi, ekologi dan budaya yang ada di dalamnya – di mana masyarakat setempat diajak memainkan peranan untuk melindungi dan meningkatkan fungsi warisan alam.”
Landskap geopark yang unik dan misteri amat penting dari kanta para akademik, Manakala menarik serta mempersonakan dari kanta orang awam.
Tapak warisan geologi ini boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari/mapan. Segala khazanah yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan wajar dipelihara.
Dipetik dan diolah daripada: www.kanalpengetahuan.com
www.lada.gov.my
Hutan paya bakau Sg. Kinabenuwa yang terbesar di Labuan mengandungi 47 spesies flora hutan bakau yang sangat pelbagai dan unik untuk diterokai.