Geotapak Enapan Laut Dalam merupakan lokaliti terbaik di Pulau Labuan bagi bekas sekitaran laut dalam berusia 30 juta tahun dahulu dan berkemungkinan melebihi 2000 meter kedalaman. Geotapak ini mempamerkan banyak fosil surih iaitu kesan aktiviti organisma yang pernah hidup di dasar laut dalam suatu ketika dahulu.
Kewujudan kepelbagaian fosil surih berawetan sangat baik serta jujukan lapisan batuan turbidit sekitaran laut dalam yang sangat sempurna menjadikan tapak ini bernilai warisan saintifik yang sangat tinggi dan langka.
Fosil yang paling lazim ditemui adalah Paleodictyon, Ophiomorpha, Gyrophyllites, Cosmoraphe, Spiroraphe, Megagrapton, Scolicia dan lain-lain. Tapak ini telah menjadi tapak pembelajaran bagi pelajar-pelajar geologi dari berbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Lokasi Geo Tapak 5
Jujukan batuan unik sebegini hanya boleh terbentuk dalam sekitaran laut dalam.
Lapisan batu lumpur merah hingga kelabu gelap ditindih oleh selang lapis antara batu lodak hingga batu pasir kasar yang berketebalan sederhana.
Zon nendatan yang terhasil sewaktu proses subduksi yang telah mengangkat Pulau Labuan menjadi daratan.
Spiroraphe is ; Fosil kipas laut dalam dipercayai haiwan gastropod atau echinoids.
Megagrapton Submontanum; Fosil laut dalam yang membentuk corak bermeander.
Gyrophyllites isp; Fosil laut dalam dipercayai haiwan cacing marin yang membentuk corak jaringan dedaun yang unik.
Paleodictyon majus Meneghini ; Cacing penghuni laut dalam dan dipercayai digunakan untuk memerangkap makanan.
Scolicia isp ; Fosil marin hingga daratan dipercayai haiwan gastropod atau echinoids.
Cosmoraphe isp ; Fosil laut dalam yang menghasilkan bentuk lengkungan dan berliku.
Ophiomorpha isp; Fosil kawasan marin atau air payau dipercayai haiwan pembentuknya adalah udang.