GALERI GAMBAR

2024

KARNIVAL BAHASA CINA

6 murid telah menyertai Karnival Bahasa Cina Tahun 2024 pada hari ini. Tahniah kepada:

1)Aafiya dan Imani mendapat kepujian dalam Pertandingan Kaligrafi Tahap 1

2)Aisy Auni, Hamizah dan Aisyah mendapat kepujian dalam Pertandingan Kaligrafi Tahap 2

3)Pang Cheng Yik mendapat kepujian dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2



ENGLISH IN CAMP

Wafiy and Hamizah attended English in Camp on 12 Jun 2024. Their courages actions in the event are appreciated, keeup up the good word



STEMFINITY IN ME CARNIVAL

Murid Wafiy dan Muhaimin telah menyertai Program dan Pertandingan Sempena STEMFINITY IN ME CARNIVAL pada 9 Jun 2024. Mereka telah diberi pendedahan dan ilmu berkaitan Science, Technology, Engineering dan Mathematics melalui program ini.


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD KOTA TINGGI 2024

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua Pasukan Bola Tampar KSTS Lelaki dan Perempuan meraih saguhati dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Kota Tinggi 2024 



MERENTAS DESA SPSJ TAHUN 2024

Syabas kepada semua murid atas kejayaan menyempurnakan larian pada hari ini

Semoga murid-murid dapat teruskan semangat kesukanan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang pada tahun depa


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KSTS

Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin,YB Norlizah Binti Noh dan ibu bapa kerana menghadiahkan kek kepada guru-guru

Jutaan terima kasih juga kepada PIBG SJKC Nan Ya, Encik Chia Chew Hock atas pemberian hadiah kepada para guru SJKC Nan Ya

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga sentiasa sihat dan bahagia


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SAMBUTAN HARI GURU 2024

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas kesudian menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang enak kepada pihak sekolah.



PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2024/2025

Murid-murid telah melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada minggu pertama persekolahan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas Kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program tersebut 

PERKHEMAHAN PERDANA PERTUBUHAN BADAN BERUNIFORM SPSJ TAHUN 2023 

Tahniah diucapkan kepada 11murid tahap 2 yang telah menyertai perkhemahan selama 2 hari 1 malamMurid murid telah mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru dan juga telah meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka

送旧迎新

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Yow Pei Pei atas pengorbanan dan usaha yang dilakukan

Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Puan Beh Soon Phing, Guru Besar SJKC Nan Ya yang baru Semoga Puan Beh dapat membimbing kami meningkatkan lagi mutu kegemilangan sekolah



MAJLIS PERSARAAN CIKGU ANIDA

Pihak sekolah merakamkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Anida atas segala jasa beliauTelah banyak kenangan manis sepanjang perkhidmatan kita bersama. Kenangan suka duka dan tawa ria yang akan kekal dalam ingatan

Selamat bersara dan semoga cikgu sentiasa diberikan kesihatan yang baik

2023

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE KPM TAHUN 2023

Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Telok Sengat, SM Zamaludin Bin Ramli, atas kehadiran tuan ke majlis pelancaran ini dan sudi menyampaikan ceramah kepada semua murid. 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SIN CHEW DAILY

Tahniah kepada Aisy Auni dan Aisy Imani kerana mandapat keputusan cemerlang dalam PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 ANJURAN SIN CHEW JIT POH 


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN BUAYA TELUK SENGAT

Hari ini murid-murid Tahun 3,4,5dan 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Buaya Teluk Sengat yang merupakan taman buaya terbesar di Semenanjung Malaysia. Ribuan terima kasih kepada Puan Cecilia Ng (pengurus taman buaya Teluk Sengat) kerana sudi memberi penerangan tentang buaya kepada murid-murid 

PROGRAM HI-TEA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR SEKOLAH SEKOLAH PERSISIRAN SUNGAI JOHOR (SPSJ)

Program Hi-tea dan Sambutan Hari Lahir Sekolah Sekolah Persisiran Sungai Johor (SPSJ) di AmanSari Hotel Desaru 

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Sambutan Hari Kanak-Kanak pada hari ini berjalan dengan penuh kegembiraan dan suasana yang meriah dengan persembahan dari murid-murid dan jamuan yang disediakan oleh ibu-bapa

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid-murid atas sumbangan makanan, minuman dan hadiahyang diberikan bagi menjayakan jamuan ini


PERTANDINGAN NYANYIAN 2023

Tahniah kepada para peserta atas keberanian untuk menyanyikan lagu di pentas 

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Peringkat KSTS 

Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Telok Sengat, SM Zamaludin Bin Ramli, atas kehadiran tuan ke majlis pelancaran ini.

Tahniah diucapkan kepada Hamizah dan Wafiy kerana telah dipilih sebagai Duta Sahsiah.

Program latihan kebakaran dan kecemasan 

Balai Bomba Bandar Penawar telah menghantar sepasukan ahli bomba bagi memberi taklimat kaedah penggunaan alat pemadam api dengan betul 

Hari Kantin KSTS

Hari Kantin KSTS telah tamat dengan sempurna Ribuan terima kasih kepada semua atas sumbangan dan komitmen yang diberikan 

Perkhemahan Badan Beruniform Tahun 2023 

Murid-murid telah menyertai pelbagai aktiviti seperti taklimat penerangan CPR, Mendirikan khemah, Balutan Ikatan/Simpulan dan sebagainya. 

Hari Sukan Negara 

Selepas murid-murid menjalankan senaman robik, mereka juga menjalankan permainan lompat tali dan bola tampar. 

Pertandingan Bercerita Bahasa Cina di Che Teng Khor Moral Uplifting Society, Kota Tinggi 

Tahniah diucapkan kepada murid Pang Cheng Yik kerana mendapat Sagu Hati 

Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Persisiran Sungai Johor Kali Ke-25/2023 

Terima kasih kepada semua pihak dan ibu bapa yang memberi sokongan bagi menjayakan Kejohanan Olahraga in 

Sambutan Pesta Tanglung

Murid-murid menjalankan aktiviti teka-teki tanglung, nyanyian lagu dan membuat kuih bulan. 

Bengkel TS25

Penerangan Penggunaan Traffic Light kepada semua murid dan guru. 

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Tahniah kepada murid Aisy Imani Binti Eddy Noor kerana berjaya mendapat Anugerah Cemerlang dalam Pertandingan Melukis Sempena Hari Guru yang dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Johor SelatanTerima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah 

Karnival Bahasa Melayu

Murid-murid telah mewakili sekolah menyertai pertandingan Karnival Bahasa Melayu di SJKC New Kota. Harap murid-murid berusaha lagi untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang 

柔南华小教师节绘画比赛初小组 

Tahniah kepada murid Aisy Imani Binti Eddy Noor kerana berjaya mendapat Anugerah Cemerlang dalam Pertandingan Melukis Sempena Hari Guru yang dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Johor SelatanTerima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah 

Hari Pelaporan

Ibu bapa menghadiri ke sekolah untuk mengetahui prestasi anak di kelas dan perkembangan mereka. 

Gotong Royong Madani KPM Tahun 2023

Pada hari ini sekolah telah mengadakan gotong royong dengan kerjasama ibu bapa, murid dan guruTerima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama melibatkan dalam gotong royong pada kali ini.

Terima kasih juga di atas jamuan yang telah disediakan oleh ibu bapa. Semoga hubungan baik yang terjalin bertambah erat.


Kejohanan Merentas Desa SPSJ

Kejohanan Merentas Desa SPSJ telah tamat dengan lancar. Terima kasih kepada Encik Roslan Bin Mohamad Noh (Timbalan PPD Pembangunan Bakat PPD Kota Tinggi) atas kesudian beliau merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang

Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Nestle kerana memberikan milo kepada murid-murid

Latihan Kebakaran 

Mmberi pendedahan keselamatan kepada murid untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran. 

Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Kota Tinggi

Murid Tahun 4,5 dan enam telah menyertai lawatan sambil belajar ke Muzium Kota tinggi pada hari ini. Ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada murid untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman. Ini juga memberikan peluang keemasan kepada murid untuk lebih memahami dan menghayati sejarah Kota Tinggi. 

Program Himpunan Virtual HePiLI

Program Himpunan Virtual HePiLI Sempena Sambutan Minggu Sihat HePiLI 2023 

Karnival Bahasa Cina Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Daerah Kota Tinggi 2023 

Murid Thaqif dan Aisy Auni telah menyertai Pertandingan Kaligrafi manakala Murid Cheng Yik telah menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak. Murid-murid telah menunjukkan keberanian dan keyakinan mereka dalam pertandingan. Harap murid-murid berusaha lagi untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang 

Pertandingan Mengarang

Murid Hamizah, Aisy Auni dan Muhaimin telah menyertai Pertandingan Mengarang di SJKC Foon Yew 1. Harap murid-murid dapat memperoleh pengalaman yang berharga melalui aktiviti dan pertandingan tersebut. 

Majlis Hari Raya dan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa atas kesudiaan menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang enak kepada pihak sekolah.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru bersama guru-guru, murid-murid dan ibubapa... sangat meriah walaupun ringkas

Sambutan Hari Guru KSTS

Ribuan terima kasih kepada YB Norlizah Binti Noh (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Penerangan Dan Komunikasi, Adun Johor Lama) atas penghargaan yang diberi untuk seluruh warga SJKC Nan Ya.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang menghadiahkan kek kepada guru.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga sentiasa sihat dan bahagia

Pemeriksaan Pergigian Dan Ceramah Kesihatan Pergigian

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pegawai pergigian dan jururawat kerana menghadiri ke sekolah untuk membuat pemeriksaan pergigian murid, mengajar murid-murid menggosok gigi dengan cara yang betul dan memberi pengetahuan tentang gigi yang sihat. Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Hari Graduasi & Anugerah Cemerlang

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 kerana telah menamatkan persekolahan dengan cemerlang.Tahniah juga kepada semua murid yang menerima anugerah cemerlang. Semoga terus berusaha  

Terima kasih atas kehadiran dan sumbangan LPS, PIBG, Ibubapa yang diberikan sepanjang sesi persekolah 2022/2023

RIMUP

Murid-murid telah menyertai Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP). Antara program yang disertai adalah Pertandingan Bola Sepak (L) Bawah 12, Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Pakaian Etnik Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada murid Thaqif dan murid Phua Jing Xian kerana telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bola Sepak dan murid Aisy Auni mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Etnik Malaysia.


Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Kesenian Tiup Dakwat, Pertandingan Kaligrafi Cina, Persembahan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina, Persembahan Kostum Tarian Singa, Memberi Ang Pow dan Limau Mandarin dan sebagainya. 

Warga SK Telok Sengat dan SJKT Ladang Telok Sengat turut hadir ke majlis dan telah mempersembahkan Tarian Zapin dan Tarian Kolattam bagi memeriahkan majlis.

Pelancaran Program KrMJ KSTS

Pada 10 Januari 2023, KSTS telah mengadakan Pelancaran Program KrMJ. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohamad Fadil (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi) kerana sudi menghadiri Program Pelancaran Karakter Murid Johor (KrMJ) Peringkat Kompleks Sekolah Telok Sengat. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu-bapa yang sudi meluangkan masa menghadiri program pada hari ini. 

2022

Perkhemahan Badan Beruniform SJKC Mawai

Tujuh murid Tahap 2 telah menyertai Perkhemahan Badan Beruniform Tahun 2022 yang dianjurkan oleh SJKC Mawai. Perkhemahan ini juga telah meningkatkan keupayaan penjagaan diri, disiplin organisasi, ketahanan dan latihan rohani murid-murid.


Hari Kanak-Kanak

Pada 30 Oktober 2022, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak. Murid-murid gembira menikmati makanan yang sedap dan menerima hadiah pada hari ini 

PROJEK PERIWINKLE MAKNA

Pada 26 Oktober 2022, penilai dari MAKNA oleh Puan Hazirah, Encik Muhammad Demitri dan Tuan PPD Nor Azan datang ke sekolah untuk mengunjungi taman periwinkle. Terima kasih kepada murid Muhammad Wafiy dan murid Nur Aina kerana memberi penerangan tentang konsep rekacipta landskap berkonsepkan bunga periwinkle.

PERTANDINGAN MENYANYI SJK(C) NAN YA TAHUN 2022

Pada 20 October 2022, sekolah telah mengadakan pertandingan menyanyi di Dewan Kompleks Telok Sengat. Program ini dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang menyanyi. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang menang dalam pertandingan.

JEMPUTAN ACARA 100 METER KEJOHANAN OLAHRAGA SJKC MAWAI

Pada 16 October 2022, SJKC Mawai telah menjemput sekolah kita untuk menyertai acara 100 meter. Terima kasih kepada murid Phua Ni Ke dan murid Muhammad Izz Quisyairi Bin Mohd Elfrei mewakili SJKC Nan Ya untuk menyertai

HARI SUKAN NEGARA 2022

Pada 6 Oktober 2022, sekolah telah mengadakan aktiviti senamrobik dan berjalan kaki ke Dataran Kerang bagi meraikan Hari Sukan Negara 2022. Diharapkan program ini dapat meningkatkan semangat kesukanan murid-murid dan mempunyai badan yang sihat. 

KEJOHANAN OLAHRAHA 2022 SEKOLAH-SEKOLAH PESISIRAN SUNGAI JOHOR KELI KE-24/2022

Pada 29 September 2022, sekolah telah mengadakan Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Pesisiran Sungai Johor Kali Ke-24/2022. Tahniah kepada semua pemenang, bagi yang belum memenangi jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun depan. Tahniah Rumah Temenggong menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahun ini dengan kutipan 14 emas, 5 perak dan 9 gangsa. 

PESTA TANGLUNG JPKK DENGAN SJKC NAN YA

Pada 22 September, JPKK Kampung Telok Sengat dibantu oleh SJKC Nan Ya telah mengdakan Pesta Tanglung di Persatuan Teochew pada pukul 7pm. Tahniah diucapkan kepada murid Wafiy Qusyairi, Uwais, Cheng Yik, Sasvin dan Cheng Yang kerana telah menang dalam Pertandingan Membuat Tanglung.

MAJLIS PENUTUPAN  BULAN KEMERDEKAAN

Pada 14 September, SJKC Nan Ya telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022. Murid-murid telah memakai pakaian tradisional bagi meraikan majlis.

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Kemerdekaan, Persembahan nyanyian lagu patriotik dan sajak. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menang dalam pertandingan. 

SAMBUTAN PESTA TANGLUNG

Pada 30/8/2022 (Selasa), sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi memperkembangkan warisan budaya kaum Cina dan menyambut Perayaan Kuih Bulan. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Mencipta Tanglung, Teka-teki Tanglung, Cabutan Bertuah, Jamuan Makan, Menonton Video dan Membuat Kuih Bulan.


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

SJKC Nan Ya bersama-sama dengan SK Telok Sengat dan SJKT Ladang Telok Sengat telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan . Semua guru dan murid bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan semangat patriotik.


PERTANDINGAN MEWARNA KEJORA 

Pada 7/8/2022 (Ahad), dua orang murid tahun 4 iaitu Sasvin dan Thaqif telah mewakil SJKC Nan Ya untuk menyertai pertandingan mewarna KEJORA Tahap 2 di tempat Dewan KEJORA Bandar Penawar.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KOTA TINGGI

26 Julai hingga 28 Julai merupakan Kejohanan Olahraga MSSD Kota Tinggi 2022 Sekolah Rendah. Sekolah kita terpilih sebagai AJK Kebersihan dan murid yang dipilih untuk menjalankan amanah ialah Sasvin, Thaqif dan Phua Jing Xian. Sekolah kita juga menyertai acara lontar peluru dan murid yang menyertai ialah Phua Ni Ke dan Aina.

HARI PELAPORAN

 Semoga murid-murid terus memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. 

MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH

Pada 17/7/2022 (Ahad) SJKC Nan Ya telah bersama-sama dengan SK Telok Sengat dan SJKT LADANG TELOK SENGAT mengadakan Majlis Perasmian Minggu Antidadah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Antidadah, Senamrobik, Aktiviti Mewarna dan Melukis Poster. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kesan buruk dadah dan juga memberi pengetahuan mengenai gaya hidup sihat 

PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU

Tahniah kepada Phua Ni Ke dan Phua Jing Xian yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Tinggi pada 4 Julai 2022 di SJKC New Kota.

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa Sekolah-Sekolah Pesisiran Sungai Johor 2022 telah diadakan pada 13/6/2022 (Isnin). Tahniah kepada Shidqie kerana mendapat tempat kesepuluh dalam Merentas Desa 7 buah sekolah.

JAMUAN HARI GURU

Pada 2 April 2022 (Khamis) sekolah telah mengadakan Jamuan Hari Guru. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SJKC Nan Ya.

JAMUAN HARI RAYA DAN MAJLIS PERPISAHAN CIKGU STEVEN SU

Terima kasih kepada Cikgu Stven Su atas khidmat bakti yang disumbangkan.

JOM MEMBACA 10 MINIT

Program Jom Baca Bersama 10 minit pada 21 April 2022 (Khamis) dijalankan serentak seluruh Malaysia untuk mempertingkatkan minat membaca dalam kalangan murid.

PROGRAM VAKSINASI KANAK-KANAK PICKids

Pada 17/4/2022 (Ahad), SJKC Nan Ya bersama-sama dengan  SK Johor Kampong, SK Telok Sengat, SK Tanjong Buai dan SJKT Ldg Teluk Sengat telah mengadakan PROGRAM VAKSINASI KANAK-KANAK PICKids 

MAJLIS ANUGERAH 2021

Pada 24/2/2022 (Khamis), sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah 2021. Semoga murid-murid terus berusaha pada masa hadapan.

CERAMAH KESIHATAN GIGI

Pada 11/4/2022 (Isnin), murid-murid telah menjalankan pemeriksaan gigi dan ceremah gosok gigi.

Sambutan Tahun Baru Cina 2022

Pertandingan Meniup Bunga Plum dan Pertandingan Kaligrafi telah dijalankan semasa Sambutan Tahun Baru Cina 2022. Tahniah kepada Esther Lee Yuk Lin, Puteri Nurhidayah dan Aisy Auni kerana telah memenangi dalam Pertandingan Meniup Bunga Plum. Juga tahniah kepada Bazli Muaz, Puteri Ariesyah dan Phua Ni Xuan kerana telah memenangi dalam Pertandingan Kaligrafi.

2021

Pertandingan Membaca dan Merekod Dalam Sistem IQ-Nilam Siri 2 2021

Tahniah kepada semua peserta Pertandingan Baca dan Merekod dalam Sistem IQ-Nilam Siri 1 2021 (1 Julai 2021 - 31 Julai 2021). Syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.


SDG Virtual Health Challenge

Tahniah kepada Phua Ni Ke, Bazli Muaz dan Phua Ni Xuan yang berjaya menamatkan larian sejauh 5km. Terima kasih juga kepada Cikgu Yong Mei Kah, Penolong Kanan Kokurikulum yang sentiasa mencari peluang kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum.

Pertandingan Membaca dan Merekod Dalam Sistem IQ-Nilam Siri 1 2021

Tahniah kepada semua peserta Pertandingan Baca dan Merekod dalam Sistem IQ-Nilam Siri 1 2021 (1 Mei 2021 - 3 Jun 2021). Syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.

Pertandingan Story Telling (Peringkat Daerah Kota Tinggi)

Tahniah kepada Aina dan Phua Ni Ke yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Story Telling Program Bahasa Inggeris Sekolah Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2021.

JOM MEMBACA 10 MINIT

Program Jom Baca Bersama 10 minit Peringkat Negeri Johor 2021 yang diadakan pada 22 April 2021 (Khamis) untuk mempertingkatkan minat membaca dalam kalangan murid.


MAJLIS PERPISAHAN 

Terima kasih kepada Cikgu Chong Choi Chan atas jasa dan pengorbanan cikgu di SJK(C) Nan Ya

MINGGU ANTI DADAH

Minggu Anti Dadah yang dijalankan pada 18 April 2021 adalah untuk tujuan memberi kesedaran kepada murid bahawa dadah boleh memudaratkan nyawa dan kesihatan manusia.

2020

"Satu Tahun Satu Sekolah"

Dalam rancangan pendidikan "Satu Tahun Satu Sekolah", sekolah kami mendapat 5 buah komputer riba daripada pihak Eu Yan Sang. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Eu Yan Sang atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan.

BACAAN PAGI

Bacaan pagi diadakan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.

KETIBAAN PEGAWAI PPD DAN ADUN

Ketibaan pegawai PPD dan ADUN ke Kompleks Sekolah Telok Sengat