E-RPH

Kelas bercantum merupakan satu bentuk pengajaran iaitu seorang guru mengajar di kelas yang mempunyai murid lebih daripada satu gred (UNESCO, 2001). Murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan belajar di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Kelas bercantum turut mempunyai pelan lantai atau susun atur yang tersendiri. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bilangan 10/2016 bertarikh 3 Ogos 2016 telah memutuskan bahawa kelas bercantum dilaksanakan untuk Tahap I (Tahun 2 dan Tahun 3) dan Tahap II (Tahun 4 dan Tahun 5). 


Pendidikan sivik telah mulai dilaksanakan pada Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik ini melibatkan semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semua perkara ini dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan.  

Matlamat inisiatif KrMJ ini adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali di mana sahaja diperingkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. 

E-RPH GURU