ZIARAH CAKNA

Pelaksanaan konsep ziarah cakna ini adalah untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang yang sedia ada bagi menangani mutual distrust sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun. Selain itu, matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memperkukuhkan konsep sekolah penyayang dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain.