a) Maklumat peribadi murid
b) Hasil kerja murid
Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja kanak-kanak yang sengaja dikumpulkan untuk menunjukkan kepada pelajar itu, dan juga orang lain, usaha dan kemajuannya dalam satu bidang tertentu.
Portfolio mempunyai tujuan tersendiri iaitu untuk memahami dan menjelaskan hasil kerja kanak-kanak dan untuk berkomunikasi dengan ibubapa dan kanak-kanak itu sendiri mengenai kerja mereka.
Portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak
Rekod kedatangan guru, PPM dan murid.
Perlu ada di setiap prasekolah (1-prasekolah, 2-pejabat sekolah).
Rekod ini perlu mengandungi borang yang perlu diisi oleh ibu bapa/penjaga ketika membawa murid keluar dari kelas atau menghantar semula selepas membawa keluar.
Contohnya: membawa murid ke klinik atau ada sesuatu perkara yang memerlukan murid tersebut keluar sebentar.
Borang perlu mengandungi tarikh, nama ibu bapa/penjaga yang mengambil murid keluar, sebab/tujuan, masa keluar, masa hantar semula, kebenaran siapa dan tandatangan
PPM perlu mencatat bahan kering dan bahan basah yang digunakan setiap bulan (secara berasingan) – rujuk resit dari pembekal.
PPM perlu mencatat kesemua keterangan aset dalam dan luar kelas beserta dengan kuantitinya.
ASET ALIH KERAJAAN
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) adalah tatacara bagi menguruskan Harta Modal dan INventori yg meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan , Penyimpanan dan Pemeriksaan Penyelenggaraan, pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.
Aset bermaksud : harta benda kepunyaan atau milik atau di bawah kawalan kerajaan yang dibeli/ disewa dgn wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan Atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.
Aset Alih bermaksud:aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang sekali dgn bangunan.
Aset Alih terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu: 1) Harta Modal- harga perolehan RM 1000 ke atas, 2) Inventori – Harga perolehan kurang dari RM 1000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual. Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan