Apa itu JATI DIRI?
KEPIMPINAN
Keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, membimbing dan mengarahkan orang lain dalam usaha mencapai matlamat bersama. Kepimpinan melibatkan penggunaan kemahiran komunikasi, pengurusan, visi dan motivasi untuk menghasilkan perubahan atau pencapaian yang positif dalam sesebuah organisasi, komuniti atau kumpulan.
1️⃣ Pengaruh dan Arahan
2️⃣ Visi dan Hala Tuju
3️⃣ Kemahiran Komunikasi
4️⃣ Membuat Keputusan
5️⃣ Motivasi dan Inspirasi
6️⃣ Teladan dan Integriti
7️⃣ Tanggungjawab dan Akauntabiliti
Keperluan Jati Diri Kepimpinan
Jati diri membolehkan pemimpin mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta bertindak dengan yakin dan konsisten
Pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat akan lebih dipercayai kerana mereka berpegang kepada nilai moral dan etika yang tinggi.
Pemimpin yang mantap jati dirinya tidak mudah terpengaruh, goyah, atau tunduk kepada tekanan luar.
Kejelasan nilai diri membantu pemimpin membuat keputusan yang tepat dan adil tanpa terikut-ikut dengan pendapat yang menyeleweng.
Aktiviti Interaktif 1: Kuiz Google Form
Aktiviti ini bertujuan membantu pelajar mengenal pasti dan menilai potensi kepimpinan dalam diri mereka melalui soalan bersifat reflektif berkaitan sikap, nilai dan kecenderungan semula jadi mereka dalam situasi kepimpinan.
Aktiviti Interaktif 2: Refleksi Padlet
Aktiviti ini bertujuan membantu pelajar mengenal pasti nilai-nilai utama yang membentuk jati diri mereka sebagai pemimpin muda.
Pilih 3 nilai utama yang paling anda hargai dalam hidup.
Contoh nilai:
Tanggungjawab
Kejujuran
Hormat
Kerja Keras
Keberanian
Kesabaran
Empati
Disiplin
Kongsikan jawapan anda di Padlet dengan format berikut:
Contoh jawapan:
“Saya pilih keberanian, hormat dan jujur kerana ia membantu saya berinteraksi dengan orang lain dan berani menyuarakan kebenaran.”
Tambahkan emoji atau gambar yang menggambarkan nilai anda.
Gunakan emoji (📘❤️🔥💪🤝) atau gambar dari Google/Canva untuk menjadikan perkongsian anda lebih menarik!