Aktiviti Interaktif 1: Sila kongsikan pandangan anda💡
Adakah anda pernah bercakap di hadapan kelas sebelum ini?
Apa perasaan anda apabila diminta berucap di khalayak?
Pengenalan
Pengucapan awam merujuk kepada kebolehan menyampaikan idea, maklumat atau mesej kepada khalayak secara lisan.
Pengucapan awam penting dalam bidang pendidikan, kepimpinan, kaunseling dan kerjaya profesional.
Contoh:
1. Guru memberi taklimat kepada pelajar.
2. Pelajar menyampaikan pidato sempena Hari Guru.
Pengucapan awam ialah proses komunikasi lisan secara langsung kepada khalayak untuk menyampaikan mesej dengan tujuan tertentu seperti memaklum, mempengaruhi atau menghiburkan.
Menurut Lucas (2019), pengucapan awam ialah komunikasi lisan yang terancang kepada khalayak yang ramai untuk mencapai objektif tertentu.
Konsep Asas:
Komunikasi dua hala – walaupun bercakap seorang diri, respon audiens diambil kira.
Objektif khusus – seperti memaklumkan, menyakinkan dan menghiburkan.
Persediaan dan struktur – memerlukan perancangan isi, teknik dan latihan.
Contoh Konsep: Seorang pelajar yang ingin memujuk rakan-rakannya tentang pentingnya kitar semula akan merancang struktur ucapan, fakta dan cara menyampaikan secara menarik.
Pilih tajuk pengucapan.
Rancang struktur isi (pengenalan, isi, penutup).
Latih gaya penyampaian, suara dan bahasa tubuh.
Sampaikan di hadapan rakan sekelas atau guru.
Terima maklum balas dan lakukan penambahbaikan.
Contoh Simulasi:
Tajuk: “Manfaat Membaca 20 Minit Sehari”
Pelajar mempersembahkan kepada rakan sekelas selama 3 minit. Guru menilai dari segi kejelasan, teknik suara dan interaksi.
Aktiviti Latihan: Wheel of names
Kenapa aktiviti latihan ini penting?🤔
Meningkatkan keyakinan diri
Memperkasa kemahiran komunikasi
Melatih pemikiran kritis
Berguna dalam pembelajaran dan kerjaya
Membentuk kepimpinan
Mengajar disiplin dan persiapan
1. Secara individu, jelaskan cabaran terbesar yang hadapi oleh GBK dalam membantu murid yang mempunyai keyakinan diri yang rendah untuk berucap di hadapan khalayak? Apakah strategi yang anda gunakan untuk mengatasi cabaran ini?
2. Secara berkumpulan, bincangkan konsep pengucapan awam dalam konteks abad ke-21. Mengapa kemahiran ini semakin penting untuk murid sekolah rendah? Berikan dua contoh situasi di mana kemahiran ini diperlukan dalam kehidupan mereka.
Pengucapan awam merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari kerana melibatkan penyediaan isi, gaya penyampaian dan kawalan emosi. Dengan latihan secara berterusan, tahap keyakinan individu dalam berucap di hadapan khalayak akan dapat ditingkatkan.
Keyakinan bukan datang kerana kita tidak takut, tetapi kerana kita terus melangkah walaupun takut.