• Ciri-ciri pemimpin
• Kemahiran kepimpinan
- Kemahiran membuat keputusan
- Pengurusan konflik
• Tugas dan fungsi pemimpin
• Kepimpinan daripada perspektif kaunseling
Aktiviti Interaktif 1: Aktiviti Padlet
“Apakah ciri pemimpin yang anda kagumi?”
Sila kongsikan ciri yang anda kagumi pada seorang pemimpin, berdasarkan pengalaman peribadi atau tokoh yang anda kenali.
Contoh: Berani membuat keputusan, Empati, Adil, Berfikiran terbuka.
Jika ingin, anda juga boleh:
Tambah emoji, gambar atau GIF untuk menjadikan jawapan lebih menarik.
Nota Topik 2
Aktiviti Interaktif 2: Kuiz Kahoot!
Soalan Tutorial Topik 2
1. Secara individu, huraikan tiga ciri-ciri pemimpin yang paling penting yang perlu dimiliki oleh seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah. Jelaskan bagaimana setiap ciri ini membantu GBK dalam melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan.
2. Kemahiran membuat keputusan dan pengurusan konflik adalah dua kemahiran kepimpinan yang kritikal. Secara Individu, terangkan bagaimana seorang GBK menggunakan kedua-dua kemahiran ini dalam menangani senario berikut:
2.1 Kemahiran membuat keputusan: Seorang murid sering ponteng sekolah dan rakan sebayanya telah melaporkan perkara ini kepada GBK. Apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk menyelesaikan isu ini?
2.2 Pengurusan konflik: Terdapat perselisihan faham yang serius antara dua orang murid yang menjejaskan persekitaran kelas. Bincangkan bagaimana anda, sebagai GBK, akan menguruskan konflik ini bagi memastikan penyelesaian yang adil dan positif.
3. Secara berkumpulan, anda dikehendaki untuk menjelaskan secara terperinci tiga tugas dan fungsi pemimpin yang perlu dilaksanakan oleh seorang GBK di sekolah beserta contoh-contoh praktikal bagi setiap fungsi tersebut.
3.1 Berdasarkan penjelasan di atas, kenal pasti dua cabaran utama yang dihadapi oleh GBK dalam konteks kepimpinan di sekolah.