Mari kita tonton video dahulu 👀
Kredit: Lisa Curran
Kredit: Lovelene Llanto
DEFINISI
Intrapersonal:Â
Intrapersonal merujuk kepada pemahaman dan pengurusan diri sendiri. Ini melibatkan kesedaran diri, kawalan emosi, motivasi dalaman serta keupayaan untuk membuat refleksi diri.Â
Interpersonal:
Interpersonal merujuk kepada kemahiran, hubungan, atau interaksi antara dua orang atau lebih. Ini melibatkan cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi, dan membina hubungan sosial dengan individu lain.Â
Mengenali kekuatan dan kelemahan diri
Mengawal kemarahan atau perasaan kecewa
Bermuhasabah dan membuat keputusan berdasarkan nilai peribadi
Bekerjasama dalam satu kumpulan
Menyelesaikan konflik secara matang
Mendengar secara aktif dalam perbualan
KEPENTINGANÂ
Kemahiran-kemahiran dalam hubungan
Kemahiran-kemahiran dalam hubungan merujuk kepada kebolehan seseorang berinteraksi dan menjalin hubungan yang positif dengan orang lain. Kemahiran ini sangat penting dalam kehidupan seharian, sama ada dalam konteks peribadi, sosial, atau profesional.Â
Kesedaran KendiriÂ
Keupayaan untuk memahami emosi, nilai, pemikiran dan tindakan diri sendiri.
Contoh: Menyedari bahawa kita cepat marah bila penat dan mengambil langkah untuk rehat sebelum bercakap dengan orang lain.
Pengurusan EmosiÂ
Keupayaan untuk mengawal dan menstabilkan emosi dalam situasi yang mencabar.
Contoh: Menenangkan diri sebelum memberi maklum balas dalam pergaduhan.
Harga DiriÂ
Penilaian positif terhadap diri sendiri, rasa layak untuk disayangi dan dihormati.
Contoh: Berani menyuarakan pendapat tanpa rasa rendah diri.
Motivasi DiriÂ
Dorongan dalaman untuk mencapai matlamat tanpa perlu dipaksa oleh orang lain.
Contoh: Mencuba menyelesaikan konflik dalam hubungan kerana sayangkan hubungan itu, bukan kerana disuruh.
Kebolehan menyampaikan mesej dengan jelas dan mendengar secara aktif.
Contoh: Menyatakan perasaan tanpa menyalahkan orang lain dan mendengar tanpa memotong.
Keupayaan memahami dan berkongsi perasaan orang lain.
Contoh: Menyedari kawan sedih walaupun dia cuba senyum, lalu memberi sokongan.
Bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama dengan toleransi dan saling menghormati.
Contoh: Berkongsi tugas secara adil dalam kerja kumpulan.
Kebolehan menyelesaikan konflik dengan cara yang adil.
Contoh: Mencari penyelesaian win-win bila berlaku salah faham dengan rakan.
Keupayaan memimpin atau mempengaruhi orang lain secara positif tanpa memaksa.
Contoh: Memberi contoh baik kepada orang lain melalui tindakan, bukan arahan.
Simulasi Kemahiran dalam hubungan
Soalan Tutorial Topik 4
1. Secara Individu, jawab soalan-soalan berikut dengan merujuk kepada peranan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK):
1.1 Analisis Diri Intrapersonal:
Jelaskan definisi intrapersonal dan kaitannya dengan seorang GBK. Seterusnya lakukan refleksi diri. Kenal pasti dua kekuatan dan dua kelemahan utama anda dalam konteks intrapersonal. Huraikan bagaimana kekuatan tersebut membantu anda dalam tugas bimbingan dan kaunseling serta bagaimana kelemahan tersebut boleh menjejaskan peranan anda jika tidak diuruskan dengan baik.
1.2 Kepentingan Intrapersonal:
Mengapa kemahiran intrapersonal penting bagi seorang GBK?
Berikan contoh situasi di mana kefahaman diri yang mendalam membantu GBK mengendalikan emosi sendiri ketika berhadapan dengan kes yang mencabar, seperti kes penderaan atau buli.
2. Secara berkumpulan, anda dikehendaki untuk berbincang, membuat simulasi dan membentangkan jawapan bagi soalan-soalan berikut:
2.1 Definisi dan Kepentingan Interpersonal: Jelaskan definisi interpersonal dan bincangkan mengapa ia dianggap sebagai kemahiran teras bagi seorang GBK. Seterusnya, huraikan tiga kemahiran interpersonal yang paling kritikal dalam konteks kaunseling (contoh: empati, mendengar secara aktif atau kemahiran komunikasi tanpa lisan).
2.2 Simulasi Kemahiran dalam Hubungan: Berdasarkan kemahiran yang telah dikenal pasti, cipta satu situasi simulasi yang relevan dengan sekolah.
Contoh situasi: Seorang murid tahun 6 menunjukkan sikap anti-sosial dan sering bersendirian.
Setiap kumpulan perlu mempersembahkan simulasi tersebut dengan memfokuskan kepada penggunaan kemahiran interpersonal yang dihuraikan di dalam 2.1.
2.3. Analisis dan Kesimpulan:
2.3.1 Selepas simulasi, bincangkan cabaran yang dihadapi oleh GBK dalam mempraktikkan kemahiran interpersonal tersebut.
2.3.2 Cadangkan cara-cara untuk mengatasi cabaran ini agar hubungan antara GBK dan pelajar menjadi lebih efektif.
Kejayaan bukan sahaja bergantung pada kebijaksanaan akademik, tetapi juga pada kemahiran membina hubungan dengan diri sendiri dan orang lain. Dengan memupuk kemahiran intrapersonal dan interpersonal, kita menjadi insan yang seimbang, peka dan bermakna dalam kehidupan.Â