Anugerah Penggunaan Teknologi Digital (DUTA) 2024 bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai guru dan murid di sekolah yang cemerlang dalam penggunaan teknologi digital dalam pendidikan. Anugerah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan pendidikan digital dan memastikan sekolah di Malaysia bergerak seiring dengan transformasi teknologi yang pesat. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran telah terbukti meningkatkan keberkesanan pengajaran dan merangsang pembelajaran aktif di kalangan pelajar
Mengiktiraf guru dan murid yang cemerlang dalam penggunaan teknologi digital di sekolah.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan.
Memupuk budaya pembelajaran digital yang berterusan di kalangan komuniti sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi dan alat-alat digital.
Mempromosikan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi digital.