Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) KPTM Kuantan merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab di dalam menguruskan segala perkakasan dan peralatan yang berkaitan dengan ICT rangkaian. Perkhidmatan ICT yang dibekalkan oleh JTM KPTM Kuantan meliputi kesemua pengguna di KPTM Kuantan.
Buat masa ini, pihak JTM dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang berkaitan ICT, anda boleh merujuk terus ke pejabat JTM yang beroperasi di FASA III Blok Akademik KPTM Kuantan.
Waktu operasi Pejabat JTM KPTM Kuantan ialah seperti berikut:
Hari Isnin hingga Khamis : 8.00pg hingga 5.00ptg
Hari Jumaat : 8.00pg hingga 12.30tgh dan dibuka semula pada 2.45ptg hingga 5.00ptg