Bahagian Hal Ehwal Pelajar berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek kemudahan penempatan, kebajikan, tatatertib, kesihatan dan kaunseling yang bermatlamatkan untuk mewujudkan suasana persekitaran kampus yang kondusif dengan menyemai, menerap dan menyuburkan budaya hidup kampus yang harmonis dan berkualiti.
Peranan :
menyedia dan mengurus perkhidmatan kepada pelajar.
bertanggung jawab dalam membangunkan sahsiah dan potensi pelajar.
menguruskan hal ehwal pelajar dan mengurus selia urusan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, tatatertib, kaunseling, kebudayaan, penginapan, dan kebajikan pelajar.
Fungsi HEP
Membantu pelajar-pelajar dari segi kebajikan, keselesaan dan keselamatan
Menyediakan kemudahan penginapan/kediaman.
Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di sekitar kampus serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.
Objektif
Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian Kebajikan pelajar diurus dengan cekap dan berkesan
Memastikan aspek kebajikan dan perkhidmatan kepada siswa diberi keutamaan.
Menyediakan program pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keusahawanan siswa yang berkesan.
Sentiasa proaktif dan responsif kepada keperluan dan kehendak siswa.
Memberi hak pengupayaan kepada siswa dalam pelaksanaan program siswa.
Mewujudkan jaringan dan kerjasama antara Alumni dan siswa.
Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan juga telah dibuat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar. BHEPS bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.
Kecemerlangan pelajar yang dihasratkan mestilah dalam bentuk kombinasi kecemerlangan akademik , kokurikulum dan sahsiah diri, seiring usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang, kompeten dan berdaya untuk terus maju serta melanggani konsep pembelajaran yang berterusan.