PENGENALANÂ
Sijil Terapi Kecantikan dan Spa memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas
di dalam bidang terapi kecantikan dan juga perkhidmatan spa. Pada masa kini,
perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang
kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai
tugas. Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa ingin menghasilkan pelajar yang
memenuhi kehendak industri di dalam bidang ini. Pelajar didedahkan kepada
kemahiran pelbagai disiplin agar kompeten dalam penggunaan peralatan yang
digunakan bagi perkhidmatan seperti body massage, hand and foot treatment, face
treatment, body treatment serta water therapy. Selain itu, pelajar juga akan
mempelajari asas pengetahuan dan kemahiran bagi facial treatment, manicure and
pedicure, waxing treatment, dan juga makeup procedure. Pelajar turut didedahkan
dengan asas penampilan diri dan asas mengendalikan perkhidmatan pelanggan supaya
dapat membentuk pelajar menjadi seorang Juruterapi Kecantikan dan Spa yang
professional.