Selepas tamat program ini, pelajar boleh :
HPP1 : membincangkan pengetahuan asas berdasarkan teori, konsep dan prinsip dalam
terapi kecantikan dan spa
HPP2 : mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah
berkaitan terapi kecantikan dan spa
HPP3 : mempamerkan kemahiran teknikal dan teknologi digital dalam bidang terapi
kecantikan dan spa
HPP4 : mengaplikasi kemahiran numerasi berkaitan bidang terapi kecantikan dan spa
HPP5 : mengamalkan kemahiran interpersonal dan komunikasi secara berkesan dengan
rakan sekerja, pelanggan dan majikan ketika menyampaikan perkhidmatan
HPP6 : menunjukkan kepimpinan kepada rakan sekerja dan tanggungjawab kepada
pelanggan dan majikan ketika menyampaikan perkhidmatan
HPP7 : mempamerkan kesungguhan bagi meningkatkan pembelajaran kendiri dan minda
keusahawanan dalam menyampaikan perkhidmatan
HPP8 : membudayakan etika kerja dan profesionalisme ketika menyampaikan perkhidmatan