Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.
MATLAMAT PROGRAM (MP)
Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi menjadi pengamal atau usahawan bidang terapi kecantikan dan spa bagi menyokong dasar kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja mahir negara untuk bekerja secara profesional seterusnya memperkasakan industri kecantikan dan spa ke peringkat antarabangsa.