OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Selepas beberapa tahun bergraduat dari Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, graduan
berupaya :
OP1 : mengaplikasikan teori, kemahiran numerasi dan menyelesaikan masalah yang berkaitan
bidang terapi kecantikan dan spa.
OP2 : mengamalkan kemahiran teknikal dan teknologi digital dalam bidang terapi kecantikan
dan spa.
OP3 : menzahirkan kemahiran interpersonal dan boleh berkomunikasi secara efektif dalam
menyampaikan perkhidmatan
OP4 : mengamalkan kemahiran minda keusahawanan, kepimpinan, bertanggungjawab dan
pembangunan kerjaya serta berkeupayaan untuk mematuhi etika kerja professional
dalam menyampaikan perkhidmatan