Gotong Royong BPK 2024
Pada 15 November 2024, Program Gotong royong QE/5S Bilangan 4 Tahun 2024 telah diadakan di Bahagian Perancangan Korporat. Kerja-kerja mengecat di ruangan hadapan lif dan ruangan pintu masuk bagi menggantikan cat lama yang telah pudar. Untuk memastikan semua aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan seperti yang dikehendaki, empat kumpulan gerak kerja yang sistematik telah dibentuk. Dengan ini, semua aktiviti telah dilaksanakan secara serentak dengan keterlibatan semua staf yang berkerja sama menggembleng tenaga tanda sokongan yang padu demi untuk mengukuhkan aktiviti amalan 5S di BPK. Program Gotong-Royong Perdana 2024 ini diharap dapat menyokong usaha dan hasrat BPK ke arah QE/5S dan seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih baik dan bersistematik selaras dengan piawaian 5S.
Komitmen dan sokongan berterusan daripada pihak pengurusan dan penglibatan daripada semua warga BPK menjadi tunjang kepada kejayaan dan pencapaian pelaksanaan 5S di BPK selama ini dan diharap ianya berkekalan hingga selamanya
Lawatan QE/5S ke UiTM Shah Alam 2024
Jawatankuasa latihan telah mengadakan lawatan amalan QE/5S ke Unit Kesihatan UiTM Shah Alam pada tahun lalu. Lawatan ini disertai 15 orang kakitangan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang mewakili zon masing-masing. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai amalan QE/5S yang diamalkan di Unit Kesihatan UiTM, melihat secara lebih dekat perlaksanaan amalan 5S yang diamalkan serta menambah pengetahuan mengenai budaya amalan 5S. . Pihak kami diberikan taklimat ringkas oleh Koordinator Jawatankuasa 5S.dan kemudian dibawa untuk melawat ke kawasan sekitarnya. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa 5S Unit Kesihatan UiTM di atas kesudian menerima kunjungan daripada warga JUPEM. Diharapkan lawatan ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai panduan serta amalan oleh warga JUPEM di tempat kerja selari dengan halatuju ke arah ISO.
Bengkel Pengemaskinian Laman Web Rasmi QE/5S (Zon QE)
Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia QE/5S 2025
Pada 13 Mei 2025 (Selasa) Bahagian Perancangan Korporat telah mengadakan bengkel pengemaskinian laman web rasmi QE/5S Bilik ICT, Ampang Park, Tingkat 5, Wisma JUPEM.
Bengkel ini adalah lanjutan daripada Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Kendiri Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 1 Tahun 2025 yang telah diadakan pada 24 Mac 2025, mesyuarat bersetuju supaya semua zon mengemaskini maklumat QE/5S zon di Laman Web Rasmi QE/5S.
Gotong Royong bil 1/2025
Sebagai meneruskan amalan QE/5S), BPK telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana bersama-sama pada 16 Mei 2025.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan persekitaran kondusif seperti mana dalam amalan QE/5S. Aktiviti gotong-royong ini memberi tumpuan kepada seluruh bahagian dan persekitaran pejabat agar kelihatan bersih, teratur dan selamat.
Di samping aktiviti gotong-royong, turut diadakan juga aktiviti 'pot luck' makanan tengahari sebagai simbolik penganjuran program ini dalam mengeratkan silaturrahim.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong-royong QE/5S pada kali ini. Semoga amalan 5S ini terus ditambahbaik dan dikekalkan dari masa ke masa.
Gotong royong bil 2/2025
GOTONG ROYONG BPK BIL. 2 / 2025
Sebagai persediaan Audit Dalaman QE/5S yang akan diadakan pada 29 Mei dan 30 Mei 2025 warga BPK mengadakan Program Gotong-royong sekali lagi pada 28 Mei 2025.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan persekitaran kondusif seperti mana dalam amalan 5S. Aktiviti gotong-royong ini memberi tumpuan kepada tingkat 13 dan barang pameran yang sering digunapakai dan diletakkan ditemapt bersesuaian.
Diharap agar semua warga BPK tetap memberi komitmen yang tinggi dalam mengekalkan persekitaran kerja yang lebih Kondusif.
Gotong royong bil 2/2025
GOTONG ROYONG BPK BIL. 2 / 2025
Sebagai persediaan Audit Dalaman QE/5S yang akan diadakan pada 29 Mei dan 30 Mei 2025 warga BPK mengadakan Program Gotong-royong sekali lagi pada 28 Mei 2025.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan persekitaran kondusif seperti mana dalam amalan 5S. Aktiviti gotong-royong ini memberi tumpuan kepada tingkat 13 dan barang pameran yang sering digunapakai dan diletakkan ditemapt bersesuaian.
Diharap agar semua warga BPK tetap memberi komitmen yang tinggi dalam mengekalkan persekitaran kerja yang lebih Kondusif.
Poster Hebahan Gotong-Royong QE/5S BPK & Audit Dalam
AKTIVITI AUDIT 5S SIRI 1/2025
Gambar sekitar audit 5S siri 1/2025 diadakan pada 28.5.2025.
Juruaudit oleh Bahagian Kadaster Encik Mohd Zaidi bin Mahyuni dan Encik Yusniman bin Che Hassan