Brainstorming Jawatankuasa Kecil
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE)
Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 1/2023
Brainstorming Jawatankuasa Kecil QE/5S Bilangan 1 Tahun 2023 telah diketuai oleh Sr Edrin bin Mohd Eusoff, Pengarah Ukur Seksyen (Penyelarasan Pembangunan), Bahagian Perancangan dan Korporat merangkap Penyelaras QE/5S Ibu Pejabat JUPEM.
Seramai enam orang wakil jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Kaizen dan Urus Setia telah hadir. Perbincangan adalah bertujuan;
Melaporkan teguran audit pensijilan QE/5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tahun 2022
Menyelaras perancangan serta pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa Promosi, Latihan, Audit dan Kaizen bagi tahun 2023
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu Pejabat JUPEM Bil. 1 / 2023
Pada 13 Mac 2023, Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 13, Wisma JUPEM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sr Edrin bin Mohd Eusofft, Pengarah Ukur Seksyen (Penyelarasan Pembangunan, Bahagian Perancangan dan Korporat). Kehadiran terdiri daripada 20 orang yang merangkumi Setiausaha Jawatankuasa Kecil (Promosi, Latihan, Audit, dan Kaizen) serta Setiausaha Zon di Ibu Pejabat JUPEM.
Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti QE/5S di kompleks Ibu Pejabat JUPEM. Mesyuarat bermula dengan ucapan daripada Pengerusi, diikuti dengan pembentangan laporan aktiviti QE/5S oleh Urus Setia QE/5S. Setiausaha Jawatankuasa Promosi kemudian membentangkan laporan aktiviti promosi QE/5S, disusuli oleh Setiausaha Jawatankuasa Latihan yang membentangkan laporan aktiviti latihan.
Selanjutnya, Setiausaha Jawatankuasa Audit membentangkan laporan aktiviti audit, dan Setiausaha Jawatankuasa Kaizen pula membentangkan laporan aktiviti kaizen. Mesyuarat turut membincangkan hal-hal lain yang berkaitan sebelum ditangguhkan. Melalui mesyuarat ini, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti QE/5S dapat dijalankan dengan lebih efektif, memastikan segala perancangan dan tindakan adalah selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
Aktiviti
Gotong Royong Perdana Ibu Pejabat JUPEM Tahun 2023
Bersempena dengan Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2023 atau Global Surveyors’ Day 2023 (GSD 2023), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Kompleks Ibu Pejabat JUPEM bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Penyertaan program ini adalah terdiri daripada pegawai serta seluruh warga Ibu Pejabat JUPEM.
Objektif gotong-royong ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan persekitaran JUPEM berada di dalam keadaan bersih, teratur dan kondusif selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga JUPEM.
Sesi gotong-royong ini adalah melibatkan pembersihan di dalam pejabat dan di perkarangan luar pejabat. Antara aktiviti gotong-royong ini adalah membersihkan kawasan air yang bertakung, longkang-longkang yang tersumbat dan semak samun di sekitar Ibu Pejabat JUPEM.
Brainstorming Jawatankuasa Kecil
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE)
Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 2/2023
Pihak Urus Setia QE/5S Ibu Pejabat JUPEM telah mengadakan satu Brainstorming Jawatankuasa Kecil QE/5S Bilangan 2 Tahun 2023 bersama Jawatan Kuasa Kecil Induk.. Seramai lapan (8) orang terdiri daripada Setiausaha dan wakil Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Kaizen telah hadir. Perbincangan adalah bertujuan untuk membincang penyeragaman dokumen dan gerak kerja aktiviti QE/5S sebagai persiapan menghadapi Audit Pensijilan MPC kelak.
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S
Ibu Pejabat JUPEM Bil. 2 / 2023
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 2 Tahun 2023
Pada 14 September 2023, Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti QE/5S Ibu Pejabat JUPEM Bilangan 2 Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 13, Wisma JUPEM. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah dipengerusikan oleh Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian, Bahagian Perancangan dan Korporat. Mesyuarat ini dihadiri oleh 20 orang ahli yang terdiri daripada Setiausaha Jawatankuasa Kecil (Promosi, Latihan, Audit, dan Kaizen) serta Setiausaha Zon di Ibu Pejabat JUPEM. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti QE/5S di kompleks Ibu Pejabat JUPEM.
Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi, Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, diikuti dengan pembentangan laporan aktiviti QE/5S oleh Urus Setia QE/5S. Seterusnya, laporan aktiviti promosi QE/5S telah dibentangkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Promosi, diikuti oleh laporan aktiviti latihan yang dibentangkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Latihan. Pembentangan diteruskan dengan laporan aktiviti audit oleh Setiausaha Jawatankuasa Audit dan laporan aktiviti Kaizen oleh Setiausaha Jawatankuasa Kaizen. Setelah semua laporan dibentangkan, mesyuarat beralih kepada perbincangan hal-hal lain sebelum akhirnya ditangguhkan. Mesyuarat ini adalah salah satu usaha penting JUPEM dalam memastikan semua aktiviti QE/5S dilaksanakan dengan berkesan dan berterusan, serta selaras dengan objektif organisasi untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan.