Bilik Pengajaran Mikro IPGKSAH berada di bawah seliaan ULDP dan digunakan sebagai ruang latihan profesionalisme bagi warga kampus, khususnya untuk aktiviti seperti bengkel, kursus, serta sesi pengajaran dan pembelajaran berfokus.
Setiap tempahan untuk kegunaan selain bengkel/kursus terhad kepada 2 jam sehari bagi memberi ruang kepada pengguna lain.
Pembatalan tempahan boleh dilakukan pada bila-bila masa berdasarkan keperluan organisasi.
Pihak ULDP akan memaklumkan pembatalan kepada pihak berkaitan.
Kunci bilik mikro perlu diambil dan dipualngkan di bilik ULDP.
Makan dan minum di dalam bilik ini tidak dibenarkan sama sekali. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab bersama.