Program Transformasi Minda (PTM) merupakan inisiatif pembangunan awal yang dirangka khusus untuk membentuk pegawai awam, khususnya guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agar lebih berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Program ini memberi penekanan kepada pemahaman nilai, etika kerja, budaya organisasi serta dasar-dasar utama perkhidmatan awam sebagai asas dalam melaksanakan tugas secara profesional. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Di IPGK Sultan Abdul Halim, Unit Latihan dan Pembangunan (ULDP) berperanan sebagai organisasi yang mengurus, menyelaras dan melaksanakan PTM bagi kumpulan Pra Perkhidmatan Pelajar PISMP dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) secara sistematik dan berstruktur. Melalui pelaksanaan ini, peserta didedahkan kepada elemen transformasi diri, pemikiran strategik serta semangat kerja berpasukan, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang dinamik dan responsif.
Program ini diharap dapat melahirkan warga pendidik yang beriltizam tinggi, berdaya tahan serta komited dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat dan negara.
23 FEB 2026 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PTM KPM 2026
SLAID GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PTM KPM 2026
17 MAC 2026 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) PRA PERKHIDMATAN PELAJAR PISMP AMBILAN 20212026 IPGM KPM TAHUN 2026.
Pembangunan Sahsiah Diri
(Slot 2- Ahad)
Sejarah Kenegaraan Malaysia Dan Sistem Pentadbiran Negara
(Slot 3- Ahad)
Hala Tuju Negara – Malaysia Madani
(Slot 5- Isnin)
Urusan Perkhidmatan - Syarat Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan
(Slot 11- Selasa)
Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam
(Slot 6- Isnin)
Etiket dan Keterampilan Diri
(Slot 13- Rabu)
Tatakelakuan & Tatatertib Perkhidmatan Awam
(Slot 14- Rabu)
Faedah Persaraan
(Slot 15- Rabu)
Gaji, Elaun Dan Kemudahan
(Slot 9- Selasa)
Pembangunan Kompetensi / Latihan Dalam Perkhidmatan Awam
(Slot 7- Isnin)
Orang Kurang Upaya (OKU) Dalam Perkhidmatan Awam
(Slot 17- Khamis)
Pengurusan Integriti
(Slot 8- Selasa)
Pengurusan Kewangan Peribadi
(Slot 10- Selasa)
Pengurusan Pelanggan
(Slot 16- Khamis)
Pengurusan Rasuah
(Slot 12- Rabu)