INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) merupakan sebuah unit yang berperanan merancang, mengurus dan melaksanakan latihan yang berkualiti secara berterusan kepada semua pensyarah, staf sokongan dan guru-guru dalam perkhidmatan ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan. Kualiti kompetensi warga institut adalah kunci kepada kecemerlangan organisasi. Peningkatan tahap kompetensi ke tahap optimum mampu menyerlahkan imej serta peranan institut sebagai sebuah organisasi awam yang mantap khususnya berkaitan pendidikan sekaligus menyumbang ke arah kecemerlangan negara. Pelbagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang selaras dengan analisis Matrik Kompetensi bagi memberikan peluang kepada setiap warga institut meningkatkan ilmu dan kompetensi mereka. Jabatan sentiasa memastikan keseluruhan LPS dapat dilaksanakan secara profesional dengan memberikan impak optimum khususnya kepada semua warga institut dan organisasi amnya. Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini juga berperanan mengendalikan kursus-kursus latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) seperti Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Program Transformasi Minda (PTM) dan sebagainya.
Shazlin Elaiza Lazim
Ketua Unit (DG12)
Emel : shazlin_elaiza@ipsah.edu.my
Nurul Ain Md Noh
Penolong Ketua Unit (DG10)
Emel : nurulain@ipsah.edu.my
Tan Chia Hooi
Pegawai Pengurusan (DG9)
Emel : tanchiahooi@ipsah.edu.my
Rosnita Yaakop
Pembantu Khidmat Am (H1)
Emel : rosnita@ipsah.edu.my