Muhaimi bin Suhaili, IPG Kampus Raja Melewar
Pasak (P-Projek)
Pasak ialah tindakan memperdalam idea, konsep, nilai, pengetahuan, kemahiran, dan seumpamanya pada tahap yang maksimum. Tindakan itu haruslah berganda-ganda agar tujahan idea atau tindakan itu menerbitkan impak yang maksimum dan dingati selama-lamanya.
Problem (Masalah)
Pelajar dalam kumpulan yang besar diwakili oleh setiap ketua kumpulan berbincang untuk mengenal pasti satu masalah atau permasalahan yang dipersetujui bersama untuk diselesaikan sebagai satu projek bersama yang melibatkan semua kumpulan kecil. Satu masalah yang dipersetujui bersama ini merupakan masalah yang cuba difokus bersama-sama iaitu The Big Idea (TBI) masalah tersebut. Dalam konteks ini, mengapakah masalah ini dipilih? Berikan justifikasi.
Unpack (Merungkai)
Pelajar merungkai masalah yang dikemukakan dengan pelbagai sudut untuk menyelesaikan satu masalah yang dipersetujui bersama. Ahli-ahli dalam kumpulan kecil memecah misteri masalah tersebut dengan menggunakan essential questions (EQ) (soalan-soalan pencetus idea) bagi merungkai atau mengupas masalah yang dikenal pasti bersama-sama tadi. Umpamanya; Apakah punca-punca masalah tersebut? Asal-usul masalah tersebut? Bagaimanakah masalah tersebut muncul? Kenapa wujudnya masalah? Apakah ciri-ciri masalah tersebut? Soalan-soalan EQ lain yang berkaitan itu akan membantu meningkatkan tahap pemahaman terhadap masalah tersebut. Dengan perkataan ini, dalam konteks ini, soalan-soalan pencetus idea digunakan bagi memahami lebih dalam lagi masalah yang dikenal pasti.
Repack (Merangkai)
Repack atau merangkai ialah tahap menyelesaikan masalah tersebut. Dengan perkataan lain repack ialah merangkai semula atau membetulkan masalah yang berlaku. Dengan perkataan lain, repack mencari alternatif untuk membaiki sesuatu masalah atau keadaan yang kurang stabil, bermasalah atau persoalan yang hendak diselasaikan.
Perkara yang perlu dilakukan ialah:
1. Mencadangkan sebanyak mungkin alternatif atau jalan penyelesaian.
2. Memilih satu cadangan jalan penyelesaiannya.
3. Semua memikirkan satu pendekatan yang sama tetapi cara yang berbeza.
Evaluate (Menilai)
Evaluate ialah membuat penilaian terhadap keberkesanan kaedah yang digunakan dengan melihat tahap perkembangan responden yang dipilih.