Merungkai (Unpack) - Merungkai masalah (memahami masalah)
Unpack (Merungkai)
Pelajar merungkai masalah yang dikemukakan dengan pelbagai sudut untuk menyelesaikan satu masalah yang dipersetujui bersama. Ahli-ahli dalam kumpulan kecil memecah misteri masalah tersebut dengan menggunakan essential questions (EQ) (soalan-soalan pencetus idea) bagi merungkai atau mengupas masalah yang dikenal pasti bersama-sama tadi. Umpamanya; Apakah punca-punca masalah tersebut? Asal-usul masalah tersebut? Bagaimanakah masalah tersebut muncul? Kenapa wujudnya masalah? Apakah ciri-ciri masalah tersebut? Soalan-soalan EQ lain yang berkaitan itu akan membantu meningkatkan tahap pemahaman terhadap masalah tersebut. Dengan perkataan ini, dalam konteks ini, soalan-soalan pencetus idea digunakan bagi memahami lebih dalam lagi masalah yang dikenal pasti.
· Memecah masalah
· Menganalisis masalah
· Memahami masalah
· Menyelesai masalah
Apabila membuat rungkaian, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira iaitu:
· Membuat unpack dengan menggunakan menggunakan CLO yang terdapat dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) atau Maklumat Kursus (MK).
· Dalam konteks sekolah menggunakan DSKP dengan meneliti standard kandungan dan standard pembelajaran.
· Melihat aspek tugasan yang hendak diberikan kepada murid atau pelajar.
· Melihat tajuk-tajuk yang diajar.
· Melihat tutorial yang akan diberikan.
· Melalui kerja kursus yang diberikan kepada murid.
· Melalui projek yang diberikan berdasarkan Project Based Learning.