PROJEK=P (PASAK)
Pasak (P-Projek)
Pasak ialah tindakan memperdalam idea, konsep, nilai, pengetahuan, kemahiran, dan seumpamanya pada tahap yang maksimum. Tindakan itu haruslah berganda-ganda agar tujahan idea atau tindakan itu menerbitkan impak yang maksimum dan dingati selama-lamanya.
PASAK 1: BINAAN KUMPULAN
Nama Kumpulan
Moto
Logo
Sorakan kumpulan (War Cry)
Tugasan:
Dalam kumpulan besar, anda diminta berbincang untuk menghasilkan nama kumpulan besar (kumpulan kelas), logo kumpulan besar, moto kumpulan dan sorakan kumpulan. Setiap kali pensyarah masuk ke dalam bilik kuliah, semua pelajar dikehendaki memulakan kelas dengan melaungkan war cry dengan berlatar belakang logo kumpulan besar.
Tugasan:
Dalam kumpulan, anda diminta berbincang untuk menghasilkan nama kumpulan, moto kumpulan, logo kumpulan dan sorakan kumpulan atau war cry. Setiap kali giliran pembentangan, setiap kumpulan dikehendaki memulakan aktiviti pembentangan atau tugasan persembahan dengan sorakan kumpulan atau war cry dengan berlatar belakangkan logo kumpulan yang dipaparkan di layar. War cry juga hendaklah dilaksanakan ketika menutup perbentangan kumpulan.
PASAK 2: BATCH
Tugasan:
Dalam kumpulan besar, anda diminta berbincang untuk menghasilkan nama batch bagi kumpulan besar masing-masing. Batch tersebut hendaklah digunakan sepanjang aktiviti di dalam kelas atau di luar kelas berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kursus ini.
PASAK 3: T-SHIRT
Tugasan:
Dalam kumpulan besar, anda diminta berbincang untuk menghasilkan T-Shirt atau kemeja bagi kumpulan besar dengan memasukkan moto dan logo kelas pada kemeja tersebut. Kemeja tersebut digunakan untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas atau yang melibatkan aktiviti pembelajaran di luar bilik kelas.