Problem (The Big Idea, Essential Question)
Problem (Masalah)
Pelajar dalam kumpulan yang besar diwakili oleh setiap ketua kumpulan berbincang untuk mengenal pasti satu masalah atau permasalahan yang dipersetujui bersama untuk diselesaikan sebagai satu projek bersama yang melibatkan semua kumpulan kecil. Satu masalah yang dipersetujui bersama ini merupakan masalah yang cuba difokus bersama-sama iaitu The Big Idea (TBI) masalah tersebut.
Mengungkap masalah berdasarkan TBI dan EQ.
Problem iaitu TBI: Pelajar IPG tidak dapat menyusun rubik
Essential Questions: EQ: Bagaimanakah cara untuk menyusun rubik.
Antara kelebihan bermain rubik
· Dapat mengasah kemampuan berimaginasi.
· Meningkatkan daya tumpuan dan ketelitian.
· Melatih seseorang menggunakan logik.
· Memupuk nilai kesabaran untuk menyelesaikannya.
· Permainan rubik boleh menggantikan gajet dan sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
· Dapat merangsang otak kanan dan kiri.
· Melatih jari untuk bergerak pantas dari aspek psikomotor.
· Menerokai keinginan kanak-kanak yang suka akan persaingan.
· Mengaktifkan otak tengah.
· Menjadi lebih kreatif dalam mencari alternatif lain.
· Meningkatkan visual warna dari aspek bijak ruang.
15 Februari 2017
PERMAINAN rubik juga satu cara meneroka jiwa kanak-kanak yang sukakan persaingan. Buktinya, biarkan mereka bertanding antara satu sama lain dan siapa paling cepat menyelesaikannya. Sudah tentu ia memberikan cabaran untuk saling bersaing dengan sihat antara satu sama lain. Menerusi kaedah menutup mata pula, teknik ini mengaktifkan otak tengah yang tidak diketahui ibu bapa.
“Menerusi cara ini kanak-kanak diajar melihat dengan mata hati. Apabila kuasa minda ini diaktifkan, mereka berupaya ‘melihat’ benda di sekitar dan mampu melakukan aktiviti dengan mata tertutup seperti bermain rubik, mengenal nombor, membaca kad dan mewarna.
“Program pengaktifan otak tengah hanya menggunakan gelombang alfa. Gelombang alfa ini selalunya muncul sangat dominan ketika seseorang berada dalam keadaan yang paling tenang, relaks dan santai.
“Sebagai contoh keadaan ketika seseorang baru bangun daripada tidur pada awal pagi. Setelah otak tengah diaktifkan, otak akan dapat memancarkan gelombang. Gelombang ini berfungsi sehingga 360 darjah yang bertindak umpama radar yang akan merasa dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling. Sebab itu, mereka boleh melihat dengan mata tertutup dan benda di sekitarnya walaupun diletak dari mana-mana arah sekalipun,” katanya.
Pada umumnya, kelebihan yang diperoleh setelah otak tengah diaktifkan adalah meningkatkan tumpuan. Apabila otak tengah diaktifkan, tumpuan seseorang akan bertambah baik menyebabkan mereka lebih mudah memahami sesuatu hal yang rumit. Ini kerana otak tengah ialah pengeluar dopamine yang diperlukan otak sebagai neurotransmiter (pengutus saraf).
“Otak tengah yang aktif mampu mengeluarkan dopamine dalam jumlah mencukupi. Semakin banyak dopamine dikeluarkan, semakin banyak jaringan sel baru akan terbentuk dan tersusun dalam sebuah mekanisme dan semakin kuat jika kita sering melatihnya,” katanya.
Ia juga meningkatkan daya ingatan dan berkait rapat dengan daya tumpuan seseorang. Apabila tumpuan bertambah, secara tidak langsung ia turut meningkatkan ingatan seseorang. Otak tengah juga berperanan untuk keseimbangan emosi. Jika otak tengah diaktifkan, mereka dapat mengawal emosi dengan lebih baik kerana otak tengah menyeimbangkan perkembangan otak kanan dan kiri. Mereka yang mempunyai emosi positif, tenang dan stabil akan dapat menerima pembelajaran dengan lebih baik.
“Hasilnya mereka lebih mudah menghafal dan dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih kreatif. Seseorang yang fungsi otak lebih seimbang juga dapat menimbulkan sifat lebih berkasih sayang, peka dan prihatin dengan hal orang lain,” kata Ruha.