MODUL 7: FASA MEREFLEKSI
(E-EVALUATE)
Hasil pembelajaran:
Saya belajar merancang penjimatan dari aspek tenaga kerja.
Saya belajar merancang penjimatan dari aspek kos ringgit yang dikeluarkan.
Saya belajar merancang penjimatan dari aspek masa yang diambil.
Hasil pembelajaran:
Saya dapat merancang penjimatan dari aspek tenaga kerja.
Saya dapat merancang penjimatan dari aspek kos yang dikeluarkan.
Saya dapat merancang penjimatan dari aspek masa yang diambil.
Kumpulan merancang penjimatan dari aspek tenaga kerja berdasarkan Lampiran SMT.
Kumpulan merancang penjimatan dari aspek kos ringgit yang dikeluarkan berdasarkan Lampiran SMT.
Kumpulan merancang penjimatan dari aspek masa yang diambil berdasarkan Lampiran SMT.
Pelbagai cara untuk mengukur keberkesanan inovasi iaitu:
Berdasarkan sasaran atau objektif sesuatu projek itu. (Cara pengukuran bergantung kepada inovasi dan kriteria standard yang kita tetapkan untuk membuat penilaian. Yang paling penting, bagaimanakah kita hendak mengukur dan menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan.) ATAU...
Menggunakan prinsip PARETO ATAU...
Menggunakan kaedah SMT (Source/Money/Time) seperti di bawah dari aspek penjimatan.
Secara berkumpulan, anda dikehendaki memilih tiga produk yang berada di pasaran dan bagaimanakah anda dapat menilai keberkesanannya (kriteria standard). Nyatakan beberapa kriteria standard bagi satu-satu produk yang anda pilih. Selepas itu, bagaimanakah cara anda mengukur keberkesanannya.
Contoh:
Lif Schindler
Breeze
Penapis udara Coway
Fasa 5: B-EVALUATION ialah FASA PENILAIAN
OIE
O- OUTCOMES (KEBERHASILAN)
[Bagi melaporkan outcomes (keberhasilan) inovasi pembelajaran khususnya kepada guru-guru:, perlu melihat tiga aspek iaitu Input, Proses dan Output. Bagi menunjukkan output, anda hendaklah membuat pentaksiran secara backward design iaitu membina instrumen pentaksiran dengan melihat bahagian input iaitu merujuk kepada standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran (SP). Sebelum instrumen pentaksiran dibina, anda dikehendaki merungkai dahulu SK dan SP yang terkait dengan masalah yang telah dipilih itu. Untuk inovasi pembelajaran, dicadangkan untuk membina dua instrumen iaitu praujian dan pascaujian seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.]
[Bagi yang bukan pembelajaran, gunakan aspek penjimatan bagi menunjukkan outcomes iaitu menggunakan MST yang merujuk M-Money, S-Source, dan T-Time.
Kalau M-Money, berapakah kos yang dapat dijimatkan berbanding dengan menggunakan kaedah biasa atau konvensional dalam tempoh setahun.
Kalau S-Source, berapakah tenaga kerja yang dapat dijimatkan berbanding menggunakan kaedah biasa atau konvensional.
Kalau T-Time, berapakah masa yang dapat dijimatkan berbanding menggunakan kaedah biasa atau konvensional.]
IMPACT (IMPAK)
[Dalam tempoh jangka masa panjang, adakah inovasi yang dihasilkan dapat:
Mempunyai keupayaan untuk dipasarkan dari aspek pengkomersilan(huraian 5 hingga 8 ayat)
Mempunyai peluang untuk diperkembang hingga ke peringkat yang lebih jauh.(huraian dalam 5 hingga ayat)
Menangani perubahan dan kekal relevan sepanjang masa. (huraian 5 hingga 8 ayat)]
EFFECTIVENESS (KEBERKESANAN)
[Berdasarkan aspek outcomes dan impak yang diperoleh, anda yakinkan kepada penilai yang inovasi anda sangat berkesan.
Anda rumuskan berdasarkan pembuktian melalui outcomes atau result yang sangat jelas dan mengagumkan, dan "masa depan" yang diperlihatkan melalui impaknya, maka anda nyatakanbahawa inovasi yang dihasilkan "BENAR-BENAR BERKESAN".
Huraiannya anda dalam 75 hingga 100 patah perkataan.]
LAPORAN TEMPLAT PENUH INOVASI