Binaan Kumpulan
Hasil pembelajaran:
Saya belajar menghasilkan NAma kumpulan dan ahli, SOrakan kumpulan, MOto kumpulan, dan LOgo kumpulan (NASOMOLO) berdasarkan kreativiti masing-masing bagi memupuk kemahiran kolaboratif, komunikasi, aspirasi kumpulan dan menerapkan karamah insaniah.
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat menghasilkan NAma kumpulan dan ahli, SOrakan kumpulan, MOto kumpulan, dan LOgo kumpulan (NASOMOLO) berdasarkan kreativiti masing-masing.
Saya dapat berkolaboratif antara ahli dalam kumpulan dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ahli dalam kumpulan serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Saya dapat berkomunikasi dengan lebih mesra berdasarkan tugasan yang diberikan.
Saya dapat memupuk aspirasi kumpulan berdasarkan NASOMOLO.
Saya dapat memupuk nilai karamah insaniah seperti akhlak, integriti, adab dan sebagainya.
NASOMOLO
NA - Nama kumpulan dan ahli,
SO - Sorakan kumpulan,
MO - Moto kumpulan, dan
LO - Logo kumpulan
TUGASAN:
Secara berkumpulan, anda dikehendaki:
Menghasilkan nama kumpulan, moto kumpulan dan logo kumpulan (NASOMOLO) berdasarkan kreativiti masing-masing. Selain itu, setiap individu diminta. (Modul 1)
Menyatakan dalam pembentangan tersebut tentang negeri asal, hobi dan cita-cita. (Modul 1)
Mengenal pasti satu masalah untuk dicadangkan untuk memulakan inovasi. (Modul 2)
Aktiviti:
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menghasilkan nama kumpulan, moto kumpulan dan logo kumpulan (NASOMOLO) berdasarkan kreativiti masing-masing.
Selain itu, setiap peserta diminta memperkenalkan diri tentang negeri asal, hobi dan cita-cita.
Peserta membuat sesi brainstorming dalam mengenal pasti satu masalah yang dicadangkan untuk memulakan inovasi.
Peserta dan fasilitator memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan-rakan mereka iaitu dalam bentuk ulasan, pandangan, kekuatan, kelebihan, dan aspek penambahbaikan.
Catatan:
Dalam aktiviti ini, fasilitator memberi bimbingan tentang tugasan yang diberikan itu. Tugasan tersebut hendaklah dihasilkan sendiri oleh peserta dari aspek menghasilkan idea, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Fasilitator memberi bimbingan kepada peserta untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Bagi aktiviti menghasilkan logo kumpulan, fasilitator diminta menyediakan kertas sebak, pensel, pewarna dan mana-mana alat tulis lain yang berkaitan.
Bagi sorakan kumpulan atau war cry pula, biasakan dalam aktiviti kumpulan untuk mempersembahkannya sebelum sesuatu tugasan itu dibentang oleh peserta.
Setiap kali kerja kumpulan, setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan sorakan kumpulan sebelum dan sesudah pembentangan dibuat.
LAPORAN NASOMOLO
LAPORAN INOVASI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH EDEBEB
[RUJUKAN NOTA DALAM LAMAN WEB SEPERTI PAUTAN DI BAWAH
https://sites.google.com/ipgm.edu.my/modul-e-edebeb-projek-mimga/utama
[Masukkan maklumat di bawah berdasarkan template yang diberikan ini.]
[Gunakan Arial, saiz font 11, Spacing 1, muka teks warna hitam/black]
[Lay out, size A5,]
[LOGO KUMPULAN]
NAMA KUMPULAN
PETIR BIRU
MOTO
SENTIASA WASPADA
AHLI KUMPULAN
Ketua
Ahli
Ahli
Ahli
Ahli
Seterusnya..
[Tambah kolum jika ruangan tidak mencukupi]
INSTITUSI
[Nyatakan institut bertugas atau belajar dengan alamat yang lengkap]
GAMBAR KUMPULAN
NAMA INOVASI: TRIPLE A 21
LAPORAN TEMPLAT PENUH INOVASI (KLIK DI BAWAH INI)