MODUL 3: FASA MENGENAL PASTI MASALAH
(E-EXPRESSION)
Hasil pembelajaran:
Saya belajar menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada satu isu yang diberikan.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada hasil dapatan (soal selidik/tinjauan/pemerhatian/laporan dll).
Saya belajar memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membuat satu "pernyataan masalah".
Saya belajar membuat justifikasi terhadap masalah yang dipilih.
Saya belajar mengenal pasti kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
Saya belajar mengenal pasti punca masalah tersebut daripada root cause.
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Saya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada satu isu yang diberikan.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada hasil dapatan (soal selidik/tinjauan/pemerhatian/laporan dll).
Saya dapat memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membuat satu "pernyataan masalah".
Saya dapat membuat justifikasi terhadap masalah yang dipilih.
Saya dapat menjelaskan kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
Saya belajar mengenal pasti punca masalah tersebut daripada root cause.
Sila kenal pasti "titik sakit" yang terdapat dalam video di atas berdasarkan journey map (peta perjalanan) mereka untuk sampai ke destinasi.
Sila kenal pasti "titik sakit" yang terdapat dalam video di atas berdasarkan journey map (peta perjalanan) mereka untuk sampai ke destinasi.
MENCARI TITIK SAKIT
"TITIK SAKIT" MELALUI JOURNEY MAP
Apakah perkhidmatan yang anda mahu?
Ke manakah anda hendak pergi untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut?
Kenal pasti di mana anda bermula dan di mana anda berakhir ketika mendapat sesuatu perkhidmatan.
Sepanjang perjalanan tersebut, kenal pasti “titik sakit” untuk mengetahui sesuatu masalah yang berlaku ketika anda mendapatkan perkhidmatan tersebut.
JOURNEY MAP
MENDALAMI "TITIK SAKIT" MELALUI IRCJCI
Secara berkumpulan, anda dikehendaki menghasilkan tugasan melalui Pembelajaran Berasaskan Projek iaitu menghasilkan satu inovasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikenal pasti. Masalah atau isu tersebut adalah yang berlaku di persekitaran anda atau anda boleh memperoleh idea melalui The Global Goals for Sustainable Development seperti infografik di bawah. Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi ketika mendapatkan perkhidmatan tersebut, ikuti langkah-langkah dengan menggunakan kaedah alat berfikir IRCJCI di bawah ini.
Langkah 1: I - INTERVIEW: Menemu bual orang awam di sekitar kampus UKM untuk mendapat maklum balas tentang masalah atau isu yang dihadapi mereka.
Langkah 2: R - RECOGNISE: Mengenal pasti masalah-masalah ("titik-titik sakit") yang timbul. Senaraikan masalah-masalah berdasarkan interbiu tersebut.
Langkah 3: C - CHOOSE: Memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membina "satu pernyataan masalah" (rujuk cara menulis pernyataan masalah yang diberikan).
Langkah 4: J - JUSTIFICATION: Memberi justifikasi dan pengesahan terhadap kewujudan masalah yang dipilih dengan memberi bukti bukti melalui keratan akhbar atau jurnal-jurnal yang berkaitan.
Langkah 5: C - CAUSE: Mengenal pasti punca -punca masalah yang diipilih itu.
Langkah 6: I - IMPLICATION: menjelaskan kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
CATATAN: Jika anda masih belum tahu masalah yang hendak dipilih, anda boleh mulakan dengan Langkah 1 dan Langkah 2 dahulu. Jika anda memang pasti ada masalah yang jelas, anda boleh terus mulakan dengan Langkah 3.
Contoh masalah atau isu yang berkaitan dengan The Global Goals for Sustainable Development
MEMBINA PERNYATAAN MASALAH
Contoh pernyataan masalah:
"Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Murid Rendah"
"Penggunaan Beg Plastik di Pasar Raya Tidak Cekap"
"Perkhidmatan di Bahagian Penyambut Tetamu Kurang Efisien"
"Kehadiran Murid Kurang Memuaskan"
"Pelajar Kurang Yakin Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris"
"Kemahiran Membaca Murid Prasekolah Rendah"
"Aktiviti Pembelajaran di dalam Bilik Darjah Kurang Menyeronokkan"
"Pembelajaran secara dalam talian kurang efisien"
"Air sungai di pusat bandar sangat kotor"
"Udara di persekitaran tercemar"
MENGENAL PASTI ROOT CAUSE
Aktiviti:
Berdasarkan cerita Bangau Oh Bangau di bawah ini, anda dikehendaki untuk mengenal pasti masalah yang timbul dan mencari punca-puncanya, dan akhir sekali root cause terhadap masalah tersebut.
Catatan: Dengan perkataan lain, root cause ialah punca utama.
Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, mengapa kau tak timbul?
Macamana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku tak makan rumput, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Mana mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa kayu, katak panggil aku.
Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku.
Ular oh ular, mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak nak makan katak, MEMANG MAKANAN AKU! MEMANG MAKANAN AKU!
TUGASAN:
Secara berkumpulan, anda dikehendaki mengenal pasti "titik-titik sakit" berdasarkan temu bual melalui organisasi yang dipilih.
TEKNIK ALOHA DALAM TEMU BUAL
A - ASK - Tanya sebanyak mungkin soalan untuk mencari titik sakit.
L - LISTEN - Dengar dengan teliti dan penuh minat tentang masalah mereka
O - OBSERVE - Membuat pemerhatian dan penelitian tentang butiran maklumat dan masalah yang dkongsikan.
H - HELP - Fikirkan cari untuk membantu mengatasi masalah tersebut selepas temu bual dengan mendalami masalah dan mencari jalan penyelesaian.
A - ASK AGAIN - Tanya lagi soalan yang dapat menambah maklumat yang sedia ada
Nota: Panduan dan Teknik-teknik temu bual
Memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Menyatakan tujuan temu bual ini diadakan.
Menanyakan masalah yang berlaku ketika mendapatkan perkhidmatan di suatu kawasan/situasi yang ditetapkan. Contohnya: Mendapat perkhimatan menggunakan Tandas Awam.
Mendalami masalah-masalah yang berlaku tersebut dengan 5W 1H (what, where, who, when, why & how).
Bijak membuka ruang supaya responden dapat menghuraikan masalah yang diceritakannya.
Beri ruang supaya responden anda memberi ulasan terhadap perkara yang dibualkan.
Jangan memberi komen atau ulasan sama ada pandangan responden itu betul atau salah.
Dengar dengan teliti dan catat setiap butiran diucapkan oleh responden.
Tunjukkan rasa prihatin anda.
Minta kebenaran untuk mendapatkan nama, umur dan maklumat lain yang berkaitan.
Contoh membina pernyataan masalah berdasarkan "Titik Sakit"
"Murid tidak dapat memahami dan menggunakan kata majmuk mengikut konteks"
Cari titik paling sakit (titik hitam) pada Radius Titik Sakit di bawah.
RAJAH: RADIUS TITIK SAKIT
Fasa 1: E-EXPRESSION ialah FASA MENGENAL PASTI MASALAH
IRCJCI
INTERVIEW
[Nyatakan senarai orang yang ditemu bual dengan menyatakan nama, umur dan pekerjaan.]
RECOGNISE
[Senaraikan masalah yang dikenal pasti dalam temu bual tersebut.]
1.
2.
3.
[Begitulah seterusnya…]
CHOOSE
[Pilih satu masalah daripada senarai masalah dalam RECOGNISE tadi dalam satu klausa (rujuk contoh panduan dalam laman web Fasa Expression)]
JUSTIFICATION
[Berikan sekurang-kurangnya tiga kewajarannya masalah tersebut dipilih dan huraikan (huraian dalam tiga hingga lima ayat sahaja untuk satu kewajaran dalam perenggan).]
CAUSE
[Berikan sekurang-kurangnya tiga punca masalah tersebut berlaku dan huraikan (huraian dalam tiga hingga lima ayat sahaja untuk setiap punca dalam perenggan).]
IMPLICATION
[Nyatakan tiga implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi dan huraikan (huraian dalam tiga hingga lima ayat sahaja untuk setiap implikasi).]
LAPORAN TEMPLAT PENUH INOVASI