🔥Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (GPKPPA) 2025 kembali! 🔥
Dalam dunia perkhidmatan awam yang dinamik, keupayaan berkomunikasi dengan berkesan telah menjadi satu keperluan strategik. Pengucapan awam yang mantap mencerminkan ketokohan seseorang penjawat awam sekali gus menjadi cerminan profesionalisme serta keberkesanan penyampaian dasar kerajaan kepada rakyat. Justeru, Akademi Pidato Perkhidmatan Awam dan Pertandingan Gegar Pidato Piala KPPA (GPKPPA) dianjurkan sebagai platform unggul untuk membentuk barisan penjawat awam yang terampil, yakin, dan cemerlang dalam seni pidato.
Inisiatif ini lebih dari sekadar pertandingan atau latihan biasa — ia merupakan wahana pembinaan kepimpinan suara dalam kalangan penjawat awam, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. Dengan menekankan penguasaan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama, program ini memperkukuh martabat bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam. Lebih penting lagi, ia membuka ruang bagi penjawat awam menggilap kemahiran berkomunikasi secara profesional, membina keberanian berpidato dan memperkasakan hubungan antara agensi melalui kolaborasi yang bermakna.
INTAN, sebagai institusi latihan utama sektor awam, terus komited dalam melahirkan penjawat awam yang bukan sahaja cekap dalam pentadbiran tetapi juga memiliki karisma dalam menyampaikan ucapan dengan impak yang tinggi. Melalui Akademi Pidato Perkhidmatan Awam dan GPKPPA, suara penjawat awam bukan sahaja didengar, tetapi dihormati dan diingati—menjadi pemangkin kepada perubahan dan inspirasi dalam perkhidmatan kepada negara.
Menggilap kemahiran pengucapan awam bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam.
Melahirkan penjawat awam yang terampil dalam menyampaikan ucapan secara profesional, yakin dan cemerlang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Menyediakan pentas pembangunan bakat terbaik dalam bidang pengucapan awam dalam kalangan penjawat awam.
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama dalam sarana penyampaian secara berpidato.
Menggilap kemahiran pengucapan awam bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam.
Melahirkan penjawat awam yang terampil dalam menyampaikan ucapan secara profesional, yakin dan cemerlang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Menyediakan pentas pembangunan bakat terbaik dalam bidang pengucapan awam dalam kalangan penjawat awam.
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama dalam sarana penyampaian secara berpidato.
Perkhidmatan awam berperanan sebagai tunjang negara, menghubungkan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berorientasikan rakyat. Keunggulan perkhidmatan ini terletak pada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan struktur, sistem, dan budaya, serta menerapkan inovasi yang relevan dengan keperluan semasa.
Konsep Perkhidmatan Awam 5.0: Menakhoda Tatakelola MADANI menekankan transformasi mendalam yang melangkaui penyusunan semula organisasi dan dasar. Pendekatan ini menggabungkan teknologi canggih, transformasi digital, dan kepimpinan beretika dalam setiap aspek pengurusan awam. Nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan dijadikan teras dalam setiap inisiatif, memastikan setiap pegawai awam berkhidmat dengan integriti dan tanggungjawab yang tinggi.
Transformasi ini menguatkan hubungan antara pegawai awam dan rakyat dengan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif, telus dan proaktif. Setiap langkah pembaharuan dijalankan dengan tekad untuk meningkatkan kecekapan, memperkukuh tatakelola dan memupuk semangat inovasi dalam pengurusan awam berteraskan prinsip-prinsip Malaysia MADANI. Inisiatif ini juga menekankan pentingnya sumbangan idea dan pengalaman peribadi sebagai pemangkin kepada perubahan yang positif, sekali gus mendorong perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
Suara anda dalam Perkhidmatan Awam 5.0: Menakhoda Tatakelola MADANI adalah manifestasi komitmen negara untuk mencapai sistem pentadbiran yang lebih responsif dan berwibawa, seterusnya memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.
19 Mac 2025 hingga 25 April 2025
6 hingga 9 Mei 2025 (Selasa hingga Jumaat)
28 Mei 2025 (Rabu)
29 Mei 2025 (Khamis)
30 Mei 2025 (Jumaat)
Langkah 1: Rangka Teks Pidato Anda
Masa untuk mengembangkan idea anda! Pastikan teks pidato anda berkaitan dengan tema yang ditetapkan.
Langkah 2: Rakam Video Pidato Anda
Pastikan video pidato anda berdurasi 3 minit dan mematuhi semua syarat penyertaan yang ditetapkan.
Langkah 3: Hantar Video Pidato Anda
Kemukakan video pidato anda melalui pautan ini selewat-lewatnya pada 25 April 2025.
☎️ 03-7966 1421 | 📧 ikhwan@intanbk.intan.my
☎️ 03-7966 1400 | 📧 kcsb.adel@gmail.com
☎️ 03-7966 1526 | 📧 shahren@intanbk.intan.my