ASPERA merupakan platform unggul yang bertujuan mencungkil dan mengasah bakat pengacaraan dalam kalangan penjawat awam.
Dengan matlamat meningkatkan kualiti pengacaraan sektor awam, ASPERA menyediakan latihan komprehensif berteraskan kebahasaan melalui bengkel intensif, pertandingan separuh akhir, dan kemuncaknya di pentas akhir.
Selain membangunkan pengacara berkualiti tinggi yang boleh dijadikan penanda aras, ASPERA juga berfungsi sebagai wadah pengiktirafan bagi bakat pengacaraan perkhidmatan awam.
Inilah peluang terbaik bagi mereka yang berminat dalam dunia pengacaraan untuk menyerlah dan mengukuhkan profesionalisme dalam bidang ini!
Memberi maklumat terkini berkaitan peranan dan tanggungjawab pengacara majlis rasmi;
Membolehkan peserta menguasai teknik pengawalan pernafasan dan ton suara;
Memperkenalkan kepada peserta kaedah salutasi yang tepat dalam pengacaraan;
Membolehkan peserta mengartikulasi sebutan dengan tepat dalam sebarang bahasa; dan
Mendayaupayakan pegawai awam menjadi pengacara majlis rasmi yang profesional dan versatil mengikut keperluan semasa.
21 hingga 23 April 2025 (Isnin hingga Rabu)
28 Mei 2025 (Rabu)
29 Mei 2025 (Khamis)
30 Mei 2025 (Jumaat)
Kemukakan permohonan anda anda melalui pautan ini sebelum 28 Mac 2025.
☎️ 03-7966 1411 | 📧 halida.b@intanbk.intan.my
☎️ 03-7966 1513 | 📧 rohaizan@intanbk.intan.my
☎️ 03-7966 1400 | 📧 niknadia@intanbk.intan.my