Gema Bicara: Tiga Wahana, Dua Bahasa, Satu Suara Tahun 2025 menyediakan pentas bagi penjawat awam mengasah kepetahan berpidato, keberanian berhujah dan keterampilan mengacara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lebih daripada sekadar pertandingan, ia merupakan platform pembangunan modal insan dan kecemerlangan komunikasi, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam membentuk penjawat awam yang kompeten, yakin dan berkarisma.
Melalui gabungan latihan intensif dan pertandingan berprestij, program ini mencungkil bakat terbaik dalam pengucapan awam dan pengacaraan rasmi sektor awam dan menjadi wadah melahirkan pengucap, pemidato dan pengacara unggul perkhidmatan awam.
Tiga pertandingan utama diadakan di bawah program Gema Bicara Tahun 2025 iaitu:
🎙️Akademi Pidato Perkhidmatan Awam dan Pertandingan Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (GPKPPA)
– Pertandingan Pidato Bahasa Melayu
🎙️ INTAN Orator’s Arena (ION)
– Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Inggeris
🎙️ Akademi dan Sayembara Pengacaraan Perkhidmatan Awam (ASPERA)
– Pertandingan Pengacaraan