HOPE
Media campuran : akrilik, arang, cat semburan, bitumen, kertas kolaj gambar, pemindahan gambar atas kanvas
57 x 75 sm
2021
RM2,200.00
Sinopsis Karya
Dunia hari ini tertumpu dengan tindakan kejam dan keganasan oleh rejim Zionis apabila melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin sehingga mengakibatkan ratusan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak turut terkorban.
HOPE adalah sebuah karya sentimen yang diilhamkan dari isu yang dialami oleh Negara Palestin yang telah diterima musibah disebabkan kekejaman rejim Zionis. Harapan yang besar oleh penduduk Palestin mahu pun negara-negara lain yang simpati dengan keadaan yang dialami oleh negara tersebut mengharapkan keamanan dan kebebasan tanpa gangguan rejim Zionis.