Siri Huruf : Alif - Ya
Akrilik & puffy filler atas kanvas
31 x 31 sm
2021
RM12,000.00
Sinopsis Karya
Siri Huruf: Alif - Ya merupakan sebuah siri yang sangat rapat dengan diri saya. Mungkin agak naif, namun bagi saya siri ini merupakan salah satu cara untuk saya berkongsi tentang huruf jawi kepada khalayak ramai. Saya akui yang saya sendiri dahulu kurang mahir tentang jawi namun ianya berubah selepas saya mendalami tentang jawi beberapa tahun yang lalu. Bagi saya, seni merupakan satu proses pembelajaran dan sebagai seorang artis, kita berkongsi ilmu dengan khalayak ramai.