BACA penting, PAHAM penting, HAFAL penting (Kesemua perlu diutamakan)
1-BACA (قراءه -tidak menuntut kefahaman), dan arahannya ialah إقرأ Quran Al-Alaq 96:1.
Setiap huruf yang dibaca diberikan 10 pahala bahkan pahala untuk orang yang tersangkut-sangkut lebih lagi dari orang yang lancar. Dan untuk keduanya juga Allah boleh bahagi bahala yang tak terhitung.
Tirmizi hadith 2910 & 2920, & Quran Baqarah 2:261.
2-TILAWAH (تلاوه - BACA, FAHAM, AMAL), dan arahannya ialah اتل Quran Al-Ankabut 29:45.
Ayat ini kita biasa dengar dan bila disebut dua perkataan dari pertengahan ayatnya, insya Allah ramai pasti boleh sambung ayat ini. Malangnya Awal ayat ini sering diabaikan. Awalnya dimulai dengan اتل (UTLU) "Bacalah KItab (Al-Quran)..." dan kemudian barulah disambug dengan perintah solat.
Sekali lagi dalam Bukhari hadith 2700 mengunakan perkataan TILAWAH dan "Carilah hadis ini dan lihatlah sendiri apa kelebihan dan manfaatnya".
3- TAHFIZ (تحفظ - dan ذكر ) Tirmizi hadith 2915 dan Quran Al-Qamar 54:17,22,32,40.
Di akhirat, Al-Quran (yang dihafal) akan memohon 3 permintaan kepada Allah untuk penghafalnya, dan kemudian Allah redha kepada penghafalnya dan diberikan kelebihan untuk naik ke syurga yang lebih tinggi mengikut kadar hafalannya. Insya Allah selepas tahap HAFAL ini Allah akan mudahkan ingatan (Hafalan) ini dalam bentuk Zikr (ذكر). Kalau sekadar HAFAL, penentang islam pun mampu melakukannya, namun Allah tidak menjadikan bagi mereka Zikr.
Ini pandangan ringkas saya berdasarkan sesi ceramah dari ustaz adi hidayat (Manhaj menghafal Quran - https://www.youtube.com/watch?v=Q9KAfo4TIJU). Untuk dapat maksud sebenar apa yang disampaikan mohon tonton siri ini.
[1] Manhaj menghafal Quran - https://www.youtube.com/watch?v=Q9KAfo4TIJU), 14/02/2018.
Artikel di atas ditulis semula berdasarkan sumber youtube. Sebarang kesilapan boleh berlaku & sumber asal dirujuk sebagai yang benar.