Bidang Pengajian Profesional

Seorang guru yang cemerlang dan berjiwa pendidik seharusnya memiliki pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan dan bidang pengajian profesional yang berkaitan dengan pendidikan dan keguruan. Sahsiah guru yang cemerlang menunjukkan jati dirinya terhadap pendidikan negara dengan menghayati sejarah pendidikan. Selain daripada itu, guru cemerlang seharusnya dapat memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang latar belakang sosiobudaya dan kepercayaan.


1. Sejarah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Evolusi pendidikan ini yang bermula dari era pramerdeka (sebelum 1957), era pascamerdeka (1957-1970), era dasar ekonomi baru (1971-1990), era dasar pembangunan negara (1991-2000), dan era dasar wawasan negara yang berlangsung hingga saat ini.


-Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Lanskap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Malaysia berubah selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei. Selepas peristiwa tersebut, pihak di semua sekolah secara berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran. Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; dan pada tahun 1989 kerajaan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia.


-Era DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Menurut Sufean Hussin (2004), tahun 1990 sehingga 2010 merupakan era globalisasi dan liberalisasi pendidikan. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996 (pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961); Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; dan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996. Kurikulum persekolahan diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Begitu juga dengan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang bermula pada tahun 1998.


Era Dasar Wawasan Negara (2001-2010, hingga kini)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) kemudiannya telah dibangunkan bagi memaju dan meningkatkan prestasi pendidikan negara agar setanding dengan pencapaian di peringkat antarabangsa. . Pada tahun 2011, KBSR telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pada tahun 2014, KBSM ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pelaksanaan pelbagai perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berdikari produktif, dan mampu mendepani cabaran dunia dalam usaha pembangunan negara.


2. Falsafah Pendidikan

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos yang bermaksud mencintai dan sophia yang bermaksud kebijaksanaan. , falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dalam kehidupan manusia. Falsafah bertujuan untuk mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi panduan dan hala tuju untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.


Aliran Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan barat masa kini mengandungi unsur-unsur falsafah aliran tradisional dan aliran moden.

Falsafah Aliran Tradisional

Aliran essentialisme

Falsafah aliran essentialisme mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumnya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks. Aliran ini menekankan subjek-subjek penting seperti matematik, sains, bahasa dan sejarah sebagai asas kepada pembelajaran

Aliran perennialisme

Ahli-ahli perennialisme berpendapat bahawa manusia itu bersifat rasional dan rasionaliti serta intelek ini hendaklah disemai melalui pendidikan. Matlamat pendidik perennialis adalah mengajar para murid untuk berfikir secara rasional dan membentuk pemikiran yang boleh berfikir secara kritikal


Falsafah Aliran Moden

Aliran progresivisme

Progresivisme membentuk manusia yang sempurna dengan memberi perhatian kepada minat kanak-kanak. Murid diberi peluang untuk meneroka idea dan membina pengetahuan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka sendiri.


Aliran rekonstruktivisme

Perkataan reconstruct yang membawa maksud membina semula menunjukkan tujuan fahaman ini adalah untuk membina semula corak kebudayaan moden yang lebih baik. Ahli-ahli rekonstruktivisme menggalakkan sekolah, guru, dan murid untuk memfokuskan pelajaran dan tenaga mereka untuk mengurangkan ketaksamaan yang meluas, dan membina semula menjadi susunan masyarakat yang baharu dan lebih adil.


Aliran eksistensialisme

Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat bahawa pendidikan tidak terarah kepada peningkatan intelek semata-mata tetapi perlu diberi perhatian kepada sikap, perasaan, nilai dan komponen-komponen subjektif yang lain.


3. Psikologi pendidikan

Psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa), tingkah laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid).


Teori-teori Psikologi Pendidikan

4. Sosiologi Pendidikan dan Antropologi Pendidikan

Sosiologi dan antropologi pendidikan merupakan mata kuliah dasar kependidikan. Sosiologi dan antropologi merupakan disiplin keilmuan yang mempelajari proses dan struktur sosial serta kebudayaan. Sosiologi dan antropologi memiliki perbedaan fokus dan cara bekerja. Sosiologi lebih memandang masyarakat sebagai sistem hubungan peranan dan antropologi melihat sebagai sistem jaringan nilai.


5.Pendidikan Perbandingan Antarabangsa dan Global

Pendidikan perbandingan adalah disiplin ilmu sains sosial yang melibatkan kajian dan penilaian terhadap sistem pendidikan yang berbeza di pelbagai negara di mana kejayaan dan keberkesanan program dan inisiatif pendidikan dapat dinilai.


Tujuan Pendidikan Perbandingan

  • Untuk belajar mengenai sistem pendidikan sendiri dan yang lain

  • Untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan secara umum

  • Untuk meningkatkan institusi pendidikan, kandungan, proses dan kaedah

  • Untuk memahami hubungan antara pendidikan dan masyarakat

  • Untuk mempromosikan persefahaman antarabangsa

  • Untuk mencari penyelesaian yang mungkin untuk masalah pendidikan.

Kebaikan Kajian Perbandingan Pendidikan

  • Manfaat akademik

  • Manfaat budaya

  • Manfaat humanistik

  • Kepuasan intelektual diperoleh

  • Mendapat faedah operasi

  • Hubungan harmoni

  • Memperbaiki sistem pendidikan