MAKLUMAT KOMUNITI

PIBG

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Begitu juga dengan SK Taman Seroja di mana PIBG ini bertujuan untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. Selain itu, PIBG ini juga berperanan untuk menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. Dengan adanya mesyuarat PIBG yang dilaksanakan pada setiap tahun, pihak sekolah dan ibu bapa dapat berkongsi pandangan bagi meningkatkan kemenjadian murid-murid di sekolah.

PENGAWAL KESELAMATAN

Pengawal keselamatan juga merupakan komuniti yang penting di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka bertugas untuk menjaga keselamatan sekolah tidak kira pada waktu pagi mahupun malam. Di SK Taman Seroja, penjagaan sekolah dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu pada waktu pagi dan malam. Seramai 4 orang pengawal keselamatan yang berkhidmat di SKTS. Menurut pengawal keselamatan yang bertugas, mereka kan membuat rondaan sebanyak 6 kali di kawasan sekolah pada setiap sesi bagi memastikan keadaan sekolah kekal selamat dan terkawal.

PENGURUS KANTIN

Pengurus kantin ini adalah salah satu komuniti yang berada di dalam sekolah. Pengurus kantin ini diberi nama Humairah dan telah berkhidmat selama 3 tahun. Menurut beliau, makanan yang disediakan kepada murid perlulah berkhasiat dan seimbang. Gred bagi kantin di SK Taman Seroja adalah gred A dan ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan kantin terjaga dan kandungan makanan yang disediakan adalah berkhasiat, berkualiti dan bersih. Dengan adanya gred kantin yang cemerlang, murid-murid akan berasa selesa untuk makan di kantin dan mereka dapat memastikan makanan yang di makan adalah terjamin dari aspek kebersihannya.