INSTRUMEN PENGUMPULAN MAKLUMAT

PEMERHATIAN

Melalui instrumen ini, saya membuat pemerhatian mengenai prasarana-prasarana sekolah yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa segala prasarana yang disediakan adalah baik dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid.

Selain itu,  saya juga turut memerhati kawasan sekolah. Landskap sekolah berada dalam keadaan yang baik dan strategik. Terdapat juga beberapa kawasan yang digunakan untuk menyerikan persekitaran sekolah. Misalnya terdapat banyak tanaman-tanaman yang cantik untuk mewujudkan suasana yang tenang.

Di samping itu, saya juga turut memerhati program-program yang dijalankan di sekolah. Misalnya program Kem Bestari Solat, Latihan sukan bagi mewakili MSSD dan banyak lagi.  Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik dan dapat memberi pengetahuan yang baharu kepada saya.

Akhir sekali, saya juga membuat pemerhatian terhadap suasana kelas. Saya dapat perhatikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah ini dalam keadaan yang teratur. Misalnya sekiranya terdapat guru yang bercuti, akan ada guru yang akan menggantikan kelas tersebut. Selain itu, saya turut memerhatiakan beberapa program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semua program yang dijalankan adalah sangat bermanfaat dan berkesan untuk disertai oleh murid.

BERIKUT MERUPAKAN BUKTI YANG DAPAT DIPAPARKAN MELALUI PEMERHATIAN 

TEMU BUAL

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Antaranya, saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain, kakitangan sekolah dan juga murid-murid di SK Taman Seroja.

Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini. Segala bukti temu bual akan saya lampirkan di ruangan lampiran.

BERIKUT MERUPAKAN BUKTI GAMBAR SELEPAS MENEMU BUAL DENGAN PIHAK YANG BERKENAAN


SOAL SELIDIK

Akhir sekali, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah membuat so selidik kepada beberapa orang murid di sekolah ini. Dalam soal selidik yang diberikan, saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan perkara yang menarik mengenai sekolah mereka.

Melalui soal selidik ini, saya rasa berpuas hati kerana murid-murid di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang sangat baik dan secra tidak langsung saya dapat mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan e-portfolio saya ini.

BERIKUT MERUPAKAN BUKTI SOAL SELIDIK YANG DILAKUKAN KEPADA BEBERAPA ORANG MURID DI SKTS

borang soal selidik 7.pdf
borang soal selidik 4.pdf
borang soal selidik 9.pdf
borang soal selidik 5.pdf
borang soal selidik 2.pdf
borang soal selidik 1.pdf
borang soal selidik 6.pdf
borang soal selidik 8.pdf
borang soal selidik 3.pdf