SYARAT / KELAYAKAN:
1. Pekerjaan luar yang dilakukan tidak melibatkan waktu bertugas di pejabat serta tidak menggunakan peralatan pejabat;
2. Pekerjaan luar tidak menjejaskan prestasi kerja pegawai;
3. Pekerjaan luar yang dilakukan tidak akan dengan apa-apa kecenderungan bercanggah dengan kepentingan Jabatan atau tidak
menjadi konsisten dengan kedudukan pegawai sebagai penjawat awam;
4. Pekerjaan luar yang dilakukan tidak akan menjejaskan imej Jabatan;
5. Pendapatan yang diperolehi boleh disimpan dan hendaklah diisytiharkan mengikut Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
6. Pekerjaan luar yang dijalankan tidak melibatkan kontrak/tender di JKDM secara langsung atau tidak langsung; dan
7. Kelulusan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya diadukan atau dilaporkan serta didapati bahawa kerja luar pegawai
menjejaskan perkhidmatan dan prestasi pegawai sebagai pegawai awam secara imej Jabatan.
SENARAI SEMAK DOKUMEN:
1. Borang Permohonan Kebenaran Bertulis Untuk Melakukan Pekerjaan Luar
2. Senarai Tugas Jawatan Sekarang
3. Salinan perakuan daripada Pendaftar Syarikat / Pertubuhan atau perniagaan dimana pemohon akan bekerja dengannya.
4. Salinan Surat Tawaran / Kontrak jika berkenaan.
FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ):
Soalan 1
Apakah yang berlaku jika penjawat awam menjalankan pekerjaan luar tanpa kebenaran?
Penjawat awam yang menjalankan pekerjaan luar tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan disiplin, termasuk tindakan tatatertib
SENARAI DOKUMEN
Perintah Tetap Perjawatan Bilangan :57 (Memohon Pekerjaan Luar)