PERAYAAN
(Good Friday, Deepavali, Christmas Eve,
Hari Raya Haji Kedua dan Thaipusam)
PERAYAAN
(Good Friday, Deepavali, Christmas Eve,
Hari Raya Haji Kedua dan Thaipusam)
SYARAT / KELAYAKAN KHUSUS:
i. Perayaan di bawah kemudahan CTR Kelompok ini adalah seperti berikut:
a. Good Friday;
b. Deepavali;
c. Christmas Eve;
d. Hari Raya Haji Kedua; dan
e. Thaipusam.
ii. CTR Good Friday diberikan kepada pegawai yang menganut agama Kristian sempena perayaan Good Friday di negeri-negeri
yang perayaan Good Friday bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
iii. Bagi pegawai yang menganut agama Hindu yang berkhidmat di negeri-negeri yang perayaan Deepavali adalah merupakan Hari
Kelepasan Am, CTR Deepavali diberikan bagi menyambut perayaan Hari Deepavali sama ada sehari sebelum atau pada hari
kedua Perayaan Deepavali sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali; Bagi pegawai yang menganut agama Hindu
yang berkhidmat di Sarawak (negeri yang perayaan Deepavali bukan merupakan Hari Kelepasan Am), pelaksanaan CTR
Deepavali adalah seperti berikut:
a. sekiranya Hari Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon CTR Deepavali pada hari tersebut; atau
b. sekiranya Hari Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon CTR Deepavali pada hari bekerja berikutnya.
iv. CTR Christmas Eve diberikan kepada pegawai yang menganut agama Kristian di negeri-negeri yang perayaan Christmas Eve
bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
v. CTR Hari Raya Haji Kedua diberikan kepada pegawai yang beragama Islam iaitu pada hari kedua sebagai tambahan kepada cuti
umum Hari Raya Haji di negeri-negeri yang perayaan Hari Raya Haji Kedua bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
vi. CTR Thaipusam diberikan kepada pegawai yang menganut agama Hindu bagi menyambut perayaan Thaipusam di negerinegeri
yang perayaan Thaipusam bukan merupakan Hari Kelepasan Am; dan
vii. Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti)
TEMPOH
Bilangan hari adalah satu (1) hari dalam satu (1) tahun kalendar bagi setiap perayaan.
SENARAI DOKUMEN