SYARAT / KELAYAKAN: 


1. Kegiatan dalam politik hendaklah tidak mengganggu tugas rasmi tuan sebagai pegawai Kerajaan;


2. Segala kegiatan politik hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat;


3. Tuan hendaklah memohon cuti selaras dengan peraturan yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu pejabat;


4. Tidak boleh menggunakan pengaruh politik bagi menyelesaikan  masalah-masalah perkhidmatan demi kepentingan peribadi atau
         bagi pihak sesuatu kumpulan, pertubuhan, persatuan atau sebagainya;


5. Tidak boleh menggunakan sebarang maklumat rasmi pejabat untuk  kegiatan politik;


6. Segala kegiatan politik hendaklah tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
        mengenai tatakelakuan dan lain-lain peraturan yang berkaitan  dengannya; dan


7. Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipenuhi, Kerajaan boleh menarik balik kelulusan yang diberi dan tuan boleh dikenakan tindakan
        tatatertib di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.


SENARAI SEMAK DOKUMEN:

*SEDANG DIKEMASKINI*


 FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ):


SENARAI SOALAN FAQ PENGLIBATAN POLITIK

SENARAI DOKUMEN

*SEDANG DIKEMASKINI*