KELULUSAN DI PERINGKAT JKDM IBU PEJABAT SEHINGGA SURAT PEMAKLUMAN RASMI DIKELUARKAN KELULUSAN DI PERINGKAT NEGERI


SYARAT / KELAYAKAN: 

1.  Pegawai Awam yang berpindah rumah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA.

2.  Kelayakan sekali sepanjang perkhidmatan

3.  Jika pinjaman bersama pasangan (loan bersama) pegawai dan pasangan layak menuntut elaun pindah
      rumah dengan syarat salah seorang sahaja yang layak menuntut elaun pindah rumah dan pasangan
      perlu mengemukakan surat pengesahan dari jabatan pasangan yang menyatakan pasangan tidak
      pernah menuntut elaun pindah rumah.

4.  Tempoh mengemukakan permohonan tuntutan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh melaksanakan
      perpindahan rumah.

5.  Pegawai perlu mendiami rumah yang dibeli.


SENARAI SEMAK DOKUMEN:

1.   Surat Permohonan Pegawai/Stesen/Bahagian

2.   Surat dari pemohon 

3.   Kad Pengenalan Pemohon

4.   Sijil Nikah 

5.   Lampiran B-2- di isi oleh pemohon 

6.   Surat dari Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan

7.   Sijil Akuan Keluar Rumah (Keluar Kuarters)

8.   Surat Pengesahan dari majikan pasangan jika pinjaman

9.   LPPSA bersama pasangan


FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ):


Soalan 1

Adakah pegawai yang menduduki kuarters perlu mengemukakan surat keluar kuarters? 


Jawapan

Pegawai perlu mengemukakan surat pengesahan keluar kuarters (BPH/Jabatan) untuk mengesahkan tarikh keluar kuarters dan permohonan dikemukakan dalam masa 3 bulan daripada tarikh berpindah.


Soalan 2 

Balu kematian suami yang mempunyai anak layak di bayar kadar bujang atau berkahwin?

Jawapan

Dibayar atas kadar berkeluarga.


Soalan 3

Adakah pegawai layak untuk membuat tuntutan elaun pindah rumah untuk rumah kedua yang dibeli melalui LPPSA?

Jawapan

TIDAK LAYAK. Sekali sepanjang perkhidmatan sahaja


SENARAI DOKUMEN