1. 90% murid mencapai sekurang-kurangnya D dalam semua mata pelajaran
2. 5 orang murid mendapat 6A dalam UPSR
3. 80% peratus murid mencapai sekurang-kurangnya D dalam semua mata pelajaran dalam PBD
4. 80% orang guru mendapat Tahap Cemerlang dalam SKPMg2 Standard 4
5. Mencapai skor 4 SKPMg2 Std 3.1.2 bagi semua mata pelajaran.
Unit Kurikulum SK Taman Puteri dapat memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi dan meningkatkan prestasi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti yang dirancang.
1. Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan.
2. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan menekankan penggunaan KBAT dan i-THINK.
3. Membina kemahiran kepimpinan dalam kalanagan murid agar menjadi pemimpin berwibawa.
4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa ketiga.
5. Melahirkan murid sahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.
6. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada negara.
7. Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.
8. Memantapkan pengurusan mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
9. Mengukuhkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru melalui pemantauan berterusan, coaching dan komuniti pembelajaran professional (PLC).