Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di tubuhkan pada 16 November 2004, dan beroperasi pada2 Januari 2005. Sekolah ini bermula dengan bilangan murid seramai 225 orang dan 18 orang guru serta 2 orang staf sokongan. Murid-murid terbahagi kepada 2 kelas Tahun 1, 2 kelas Tahun 2, 2 kelas Tahun 3 dan 2 kelas Tahun 4, menjadikan jumlah kelas adalah 8 buah. Pada tahun 2008, kelas sudah ada sebanyak 12 buah kelas iaitu tambahan 2 kelas untuk Tahun 5 dan 2 kelas Tahun 6.
Nama sekolah ini diambil bersempena nama sebuah taman perumahan yang akan dibina di sekitar sekolah ini iaitu Taman Perumahan Taman Puteri. Dari segi lokasi, sekolah ini terletak dalam mukim Cheras, daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan kondominium Venice Hill, Cheras, Selangor Darul Ehsan, serta tidak jauh dari dua sekolah jiran iaitu Sekolah Kebangsaan Cuepacs dan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya.
Pada tahun 2008 sudah beroperasi selama lebih kurang 4 tahun. Muridnya juga bertambah seramai 388 orang. Guru Besar Pn. Adonie Bt. Adnan. Guru-gurunya seramai 26 orang termasuk 4 orang guru j-QAF dan 2 orang kakitangan sokongan.
Pada tahun 2015, Sekolah Taman Puteri telah melakar sejarah apabila di anugerahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kohort 9 atas kecemerlangan sekolah dalam bidang pengurusan, akademik dan kokurikulum. Dua bidang yang menjadi kebitaraan sekolah ini iaitu Bahasa Inggeris untuk akademik dan Permainan Ping Pong untuk kokurikulum. Mulai 2017, SK Taman Puteri telah mendapat banyak kejayaan dalam kedua-dua kebitaraan ini di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Keputusan UPSR juga semakin meningkat naik calon yang Menguasai Tahap Minimum (MTM) mulai tahun 2017 sehinggalah ke tahun 2019.